Pada masa kini, perkataan DIY sudah tidak asing lagi dalam aktiviti harian kita. Hal ini kerana kebanyakan pemilik rumah sudah mula berjinak-jinak dalam bertukang cara sendiri (DIY) disebabkan mahu berjimat cermat. Itu yang dilakukan oleh pemuda ini iaitu yang bernama Baha Pakura dalam menghasilkan DIY untuk akuarium miliknya. Perkongsiannya adalah mengenai cara dan langkah diy kabinet akuarium yang sangat simple.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Alhamdulillah.
Akhirnya siap juga.
Hasil menukang selama 5 hari masa yang diambil.
Ini adalah peralatan yang digunakan untuk menghasilkan kabinet akuarium.
Kayu dibuat segi empat untuk dilekatkan pada pintu kabinet.
Kayu tadi sudah siap dilekatkan pada bahagian pintu kabinet.
Proses seterusnya pula adalah untuk membuat corak segi empat pada bahagian tengah pintu cabinet. Kayu mula dicantumkan dan bahagian yang tidak berkenaan dipotong.
Ini adalah hasil selepas kayu dilekatkan pada bahagian pintu kabinet tersebut.
Ini adalah keadaan kerangka kabinet semasa proses diy sedang dilakukan. Akuarium juga sudah diletakkan pada kabinet tersebut.
Ini adalah penutup pada bahagian atas akuarium bagi menampakkannya lebih cantik dan menarik.
Penutup sudah siap diletakkan. Tinggal untuk menyiapkan proses pada bahagian bawah sahaja.
Inilah hasil akhir projek DIY kabinet akuarium yang telah siap dibuat. Walaupun simple tapi kelihatan cantik dan menarik apa yang dilakukan oleh pemuda ini.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk perkongsian pada kali ini. Di harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba diy perabot rumah anda dengan hiasan yang cantik dan menarik. Semoga perkongsian ini bermanfaat.