Cara DIY Baby Safety Gate Simple Hanya RM50

Ditulis oleh

Setiap ibu-bapa yang memiliki anak kecil yang baru pandai berjalan sememangnya susah untuk diawasi. Terutamanya ketika anda ingin memasak dan sebagainya memang kerjanya mengikut sahaja. Perkongsian kali ini adalah dari NurSyamimie Mazlan tentang cara diy baby safety gate simple hanya rm50.

Sebut pasal anak kecil memang kita terus terbayang telatah dan bagaimana gelagat mereka. Lagi-lagi bila anda memiliki anak kecil yang baru dapat berjalan memang semua tempat dia nak pergi. Bukan itu sahaja, malahan benda-benda disekelilingnya habis diambilnya untuk dibuat main. Tidak kira apa saja termasuk periuk belanga pun dibuat alat bermain.

Jika kita menghalang mereka dari bermain pasti meragam. Jadi untuk jalan penyelesaiannya adalah terpaksa letak penghadang barulah dia tidak dapat pergi ketempat tersebut. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian dari NurSyamimie Mazlan mengenai perkongsian d.i.y baby safety gate.

Cara Diy Baby Safety Gate :

Sebelum ada gate, macam-macam benda dibuat jadi penghadang untuk ke dapur. Ini salah satu contohnya.

Bajet bawah RM50 sahaja mengikut pada keluasan ruang masing-masing dan mengikut ketinggian yang mahu dibuat. Macam rumah saya, saya buat dari paras pinggang saya sahaja. Memang tinggi, barang-barang ini boleh dibeli dekat kedai hardware je.

Cantumkan T tu siap-siap pada setiap batang paip pvc. Mula-mula ingat nak pakai gam, tetapi suami kata tak payah sebab dah ketat.

Gambar dibawah ini saya cuba susun dulu, sebab nak tengok sesuai atau tidak.

Sediakan awal-awal 1,2 batang paip lebih untuk kita potong pendek sebab nak cantumkan dengan T tadi tu.

Gambar dibawah ini bila sudah siap dipotong. Tak apa walapun saya potong agak tidak kemas. Asalkan boleh masuk dan sama panjang. Potong ni tak lama, untuk 16pcs ni dalam masa 10-15 minit sahaja.

Inilah hasil bila gate sudah siap. Tetapi ini tanpa jaring. Mula-mula tak nak pasang jaring, sekali anak boleh hulur tangan dan ambik bakul dekat tepi tu terus pasang jaring.

Ini pula apabila dibuka. Kenapa pilih gate mcm ni? Sebab nak beli gate yang sedia ada tu, dinding dapur tidak rata. Dinding sebelah tu macam senget sikit dan berlubang-lubang. Bekas dari penyewa lama sebelum ini. Jadi risau nanti kalau beli, tak boleh nak letak kat tengah-tengah dinding itu. Itu yang buat cara macam ni.

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharap dapat memberi idea untuk anda dalam membuat baby safety gate nanti.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 17, 2021
Dikemaskini pada
Januari 17, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram