Selalunya apabila anda membeli rumah lelong, subsale atau apa jua rumah yang terbiar pastinya lantai sangat kotor kan? Biasalah rumah dibiarkan lama macam tu. Namun, ia menjadi tanggungjawab anda untuk membasuh lantai rumah tersebut.
Nak mencuci pula tidak tahu bahan yang diperlukan untuk menghilangkan kotor pada lantai tersebut. Usah risau kerana Giler Deco akan menunjukkan pada anda cara untuk cuci lantai yang kotor melalui perkongsian daripada Naquia Esir.
Melalui perkongsian daripada wanita bernama Naquia Esir ini, beliau berkongsikan bahan-bahan dan juga cara yang terbaik untuk cuci lantai yang kotor. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.
Mungkin yang mengalami masalah ini adalah golongan yang beli rumah subsale atau rumah lelong dan juga yang baru lepas renovate rumah.Dan, sesuai untuk golongan yang ada masa dan kudrat untuk cuci rumah sendiri. Kalau nak upah cleaner pon no problem.
Apa yang anda perlukan adalah sebuah MOSAIC FLUID (sejenis acid) dan juga SABUN. Kedua barang ini saya beli di Hardware shop. Lebih tepat lagi di Hardware Shuang Lee, Gadong. Kat Nilai 3 pon ada.
Both memang besar kilang kedainya. Banyak juga borong dari hardware ni untuk keperluan pembinaan rumah kami.
Mosaic fluid tugasnya adalah untuk mencairkan simen, cat, cat minyak, dan juga noda² yang ada pada lantai.
Sabun pula adalah untuk neutralkan balik acidity pada lantai.
Langkah keselamatan yang perlu dititik beratkan adalah dengan memakai GLOVEE , BOOT/KASUT dan juga MASK untuk elak kita hidu asap/wap yang terhasil selepas kita tuang campuran asid+air pada tiles.
Kekuatan yang anda perlukan adalah tangan yang kuat ye. Sebab nak taknak, anda kena tetap akan menyental noda yang dah kuat melekat pada tiles tersebut.
1ST STEP : Basahkan lantai
2ND STEP : Tuang campuran acid. Acid tu dicampurkan dengan air untuk keselamatan kita dan lantai. Terlebih asid tiles boleh rosak ye. Hilang glossynya nanti.
3RD STEP : Sentallah. Mana yang tebal² nodanya kikis dulu. Elakkan penyental periuk yg besi tu ye. Rosak tiles nanti.
4RD STEP : Bilas dengan air.
5TH STEP : Sental dengan sabun pula.
Cuci bilas lantai bagi bersih, then SIAP!
Kebaikan yang anda dapat daripada ini ialah anda tidak memerlukan mengeluarkan modal yang banyak untuk upah orang. Yang penting sekali, dapat mengeluaran peluh yang banyak. Semoga bermanfaat untuk anda semua!
Sumber : Naquia Esir
Ingin membaca artikel seterusnya?
Baca juga :- Transformasi Menakjubkan!! Dari Ruang Garaj Kereta Kepada Ruang Tamu Yang Cantik & Elegan