DIY Pokok Viral Bermodalkan Hanya RM25

Ditulis oleh

Sejak kebelakangan ini, sering kali kita mendengar tentang viralnya beberapa pokok seperti skybird, lidah jin dan banyak lagi pokok yang tidak tersebut dek akal. Pokok-pokok ini viral kerana ianya sangat cantik, enak dipandang serta mampu memberikan ketenangan pada ruang kediaman rumah anda. Walaupun ia dikatakan viral, tetapi harganya juga agak tahan mahal sehingga boleh mencecah beratus-ratus ringgit. Perkongsian kali ini adalah mengenai diy pokok viral bermodalkan hanya rm25.

Tahukah anda yang sebenarnya kita boleh buat hias sendiri pokok viral ini dan harganya jauh lebih murah berbanding beli di kedai bunga. Barang-barang bunga tersebut boleh dibeli di kedai Eco ataupun di kedai DIY sahaja. Menerusi perkongsian daripada Puan Fadilah Ariffin, beliau hanya buat sendiri pokok ala-ala viral ini dan harganya hanya mencecah RM24.30 sepasu. Walaupun ianya tidak sama dengan yang asal tetapi ianya jauh lebih murah dan lebih cantik.

Ayuh kita ikuti perkongsian daripada beliau.

DIY Pokok Viral Bermodalkan Hanya RM25 :

Assallammualaikum. Atas permintaan ramai, saya tunjukan barang2 yang digunakan dan tutorial untuk DIY pokok viral ni.
Tapi kali ni saya guna daun Monstera, sebab yg daun hari tu dah out of stock.
Terima kasih pada semua yg bagi galakan, maaf saya tak sempat nk reply komen satu2.
Total Kos RM24.30
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Daun Eco (RM2.10)
  • Rumput Eco(RM2.10)
  • Rotan yang di jual di kedai alat tulis(Rm1.50)
  • Pasu Eco(RM2.10)
  • Span bunga My One Shop(RM1.50x2 =RM3.00)
  • Dawai Bunga My One Shop(RM1.00)
  • Tape Bunga My One Shop(RM2.00)

Anda boleh merujuk gambar-gambar di bawah untuk mengenali bahan-bahan yang diperlukan.

Cara-cara membuatnya :

1. Anda perlu bengkokkan daun seperti gambar di bawah.

2. Ikatkan daun yang sudah dibengkokkan pada batang rotan.

3. Ikat semua daun tapi jangan selari, selang jarak dan tinggi rendah.

4. Potong rumput ikut permukaan pasu. Saya masukkan batu sikit dekat bawah pasu supaya pasu berat.

5. Cucuk rotan pada span yang dah dimasukkan dalam pasu. Rumput letak atas permukaan pasu. Lilit batang rotan dengan tape bunga supaya nampak lebih kemas. Ni gambar tak habis balut tau. Tu nampak serabut.. Bila dah siap lupa nk ambik gambar.

Tadaaaa dahhh siappp wowww hanya perlu 5 langkah sahaja untuk menyiapkan pokok viral ini.

 

Hasilnya sangat cantik dan enak mata memandang. Selamat mencubaaa

 

Kredit : Fadilah Ariffin

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 26, 2020
Dikemaskini pada
Ogos 26, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram