Cara Buat Plaster Dan Cat Siling Bermodalkan Bawah RM100

Ditulis oleh

Sejak kebelakangan ini, penghasilan projek secara diy dari pasangan suami isteri sudah menjadi kebiasaan. Seperti yang dilakukan oleh pasangan ini yang bernama Nadira Roslan. Beliau bersama suami menghasilkan satu projek diy yang sangat menarik serta berkongsi cara buat plaster dan cat siling bermodalkan bawah rm100.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.

Cara Buat Plaster Dan Cat Siling

 

Antara bahan yg diperlukan:

  1. Stopping compound
  2. Plastic scrapper
  3. Cat putih
  4. Roller utk cat
  5. Kertas pasir

Fungsi kertas pasir adalah untuk kegunaan touch up plaster bila sudah kering. Kalau nampak macam berbonggol tak rata boleh ratakan guna kertas pasir. Kalau boleh cari kertas pasir jenis kasar sedikit. Macam yang digunakan ini adalah yang bernombor 80.

Roller yang dibeli ini kegunaannya sama seperti untuk mengecat dinding rumah. Kalau boleh, elakkan dari membeli saiz kecil kerana akan melambatkan kerja mengecat. Untuk pemilihan bulu cat pula jangan pilih yang terlalu nipis. Nak mudah boleh cari dekat Mr.DIY dan cari yang sesuai untuk cat siling.

Cat putih yang digunakan ini adalah jenama Nippon Paint Matex Maxi White. Harga untuk 7 liter adalah RM42. Beliau beli dua tong tapi untuk satu tong lagi hanya guna dalam 1/4 liter sahaja. Beliau hanya cat satu layer sahaja. Kalau nak finishing lagi cantik dan kemas boleh buat dua layer. Tetapi perlu tunggu layer pertama kering dahulu baru buat layer kedua.

Ini adalah plastik scrapper. Nak guna yang besi macam tukang guna pun boleh. Tapi suaminya kata, lagi senang guna yang ini. Scrapper jenis besi, kalau anda bukan seoarang yang professional, tidak disarankan untuk guna kerana kalau tersilap langkah akan menjadi tidak rata.

Ianya boleh dibeli dekat kedai Mr.DIY. Harganya hanya RM2 untuk 6pcs.

Ini adalah stopping compound untuk plaster siling. Cara menggunakannya adalah dengan meletakkannya dicelah gap siling itu sahaja bagi permukaan rata.

Stopping ini boleh dapatkan dikedai hardware. 1kg RM2. Untuk keluasan ruang tamu dan dapur rumah hanya guna dalam 3kg sahaja. Jumlah keseluruhan adalah dalam RM6.

Plaster ini suami buat dua layer. Kalau buat satu layer sahaja nanti masih nampak lubang gap siling kapur itu. Tunggu layer pertama kering baru buat layer kedua. Compound ini perlu bancuh sikit-sikit sebab cepat keras.

Sebelum Dan Selepas

Keadaan siling rumah sebelum dan selepas.

Keadaan bahagian siling dapur sebelum dan selepas diubahsuai.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 20, 2022
Dikemaskini pada
Januari 20, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram