Deco rumah guna konsep dan gaya shiplap wall ini memang sudah tidak asing lagi dalam kalangan kita pada masa kini. Kebanyakan rumah memang menggunakan shiplap wall ini bagi mencantikkan rumah masing-masing tidak kira dengan cara diy ataupun mengupah orang. Perkongsian pada kali ini adalah dari Ct Nadia. Perkongsiannya adalah mengenai cara buat diy shiplap wall hanya guna barang shopee murah dan mudah.
Jom sama-sama ikuti perkongsian projek diy shiplap wall yang menarik ini.
Alhamdulillah.
Pertama kali post dekat sini biasa tengok ahli-ahli lain yang post cantik semuanya.
Alhamdulillah, ini kali pertama juga baru nak belajar deko rumah, buat sikit-sikit sebab anak pun dah besar ni.
Dekat sini kami sertakan bahan dan cara-cara kami buat kebanyakan memang tengok dan belajar dari Youtube, Website dan Facebook.
Semua bahan-bahan beli di Shopee harga di Shopee lebih murah berbanding di kedai. Beza la harga dalam rm30-50 juga kalau di kedai.
Bahan dan Langkah buat shiplap boleh rujuk di bawah.
Saiz dinding 10kaki x 10 kaki
Mdf board 55 keping 4 kaki. Lagi bagus beli yang panjang supaya tak perlu sambung sebab nanti akan nampak bahagian sambungan.
Saya tak tahu pergi beli yang 4 kaki.
Harga setiap satu adalah Rm3.30.
Kayu MDF : https://shp.ee/6zyzvst
Gam Xtraseal Xbond : https://shp.ee/eddxzpt
Gap filler : https://shp.ee/gwzhwyt
Satu paket batang aiskrim : https://shp.ee/my8558b
Cat jotun majestic true beauty : https://shp.ee/dszgi3b
Ada dua jenis sheen atau matt. Yang saya ni pakai matt.
Kalau sheen berkilat geli-geli gitu. Saya pakai matt sebab kalau permukaan shiplap tak cantik, matt kurang nampak. Kalau sheen nampak jadi jelas dan berkilat sedikit.
Mula-mula di bahagian bawah. Ukur betul-betul jangan bagi senget. Sebab yang pasang di atas akan ikut yang bawah.
Selepas itu lapik 3 batang aiskrim untuk lapisan seterusnya dan sampai seterusnya rapat ke siling. Paling leceh nak potong board ikut bentuk dinding dan siling. Kadang-kadang dinding melengkung. Nampak senang tapi rumit juga.
Yang ini dah siap tampal mdf tapi belum isi gap filler.
Seterusnya isi gap filler di bahagian sambungan dan tepi dinding.
Pastikan sambungan papan tak renggang nanti leceh nak isi gap filler. Kalau tak cermat nanti comot jadinya.
Sama juga bahagian tepi dinding. Masa potong board ikut bentuk dinding tu pastikan ngam-ngam dengan bentuk dinding. Lepas kering gap filler tu boleh gosok dengan kertas pasir untuk licinkan permukaan.
Lepas itu dah boleh cat undercoat. Saya pakai primer jotun majestic.
Selepas 2 jam siap sapu undercoat dah start proses mengecat.
Mula-mula kena cat celah-celah gap shiplap tu.
Undercoat pun sama jugak.
Pakai berus cat yang saiz kecil. Yang ini kena gigih, kalau tak sabar jangan buat shiplap ini sebab itu kalau ada yang anak-anak kecik umur 4-5 keatas boleh mintak tolong mereka untuk cat di celah-celah itu. Cepat lagi siap. Lepas itu baru cat keseluruhan.
Yang ini dah siap cat di celah-celah gap shiplap ini hanya nak cat keseluruhan sahaja. Kena cat 2 layer ya. Selepas cat layer pertama, 2 jam boleh cat layer kedua.
Layer pertama memang nampak buruk. Cat tak sekata. Lepas dua layer baru puas hati dan nampak hasilnya. Untuk saiz dinding rumah kami ini saya pakai 1.5 liter cat jotun majectic true beauty matt. Lepas siap, touch up secukupnya.
Alhamdulillah, Inilah hasil yang sudah siap.
Sikit-sikit puas hati. Kami ambil masa 5 hari buat, orang lain buat 3 hari sahaja.
Seterunya adalah projek wainscotting simple dinding kiri kanan pula baru boleh slow-slow deko insyaALLAH ada rezeki lebih.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.