Dapur memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita di rumah. Terutamanya, untuk memasak dan makan-makan bersama keluarga tersayang. Jadi,dapur seharusnya sentiasa cantik dan menarik dan tak semestinya hanya perabot yang memainkan peranan malah dinding-dinding di dapur pun perlu diberi perhatian supaya suasana tak nampak suram je ketika bersama keluarga. Perkongsian kali ini adalah dari Nurlailah Khadijah. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara buat "accent wall herringbone" simple tapi mewah.
Oleh itu, apa kata kita hias dinding kita dengan dinding yang menjadi kegilaan ramai sekarang iaitu "accent wall" yang nampak moden dan mewah gituu. Untuk pengetahuan semua, ‘accent wall’ merupakan satu dinding yang menjadi tumpuan utama tidak kira di ruang tamu, ruang makan mahupun bilik tidur. Dinding ini sering direka bentuk menjadikannya ia nampak unik berbanding dinding yang lain. Jadi,jom kita ikuti perkongsian daripada seorang pengguna facebook iaitu Norlailah Khadijah ini.
Salam.
Sebab ramai sudah buat wall accent ini, saya pun terjebak dengan suami projek terbaru hujung syawal wall accent bercorak ‘herringbone’ untuk ruang makan kami.
Before : Biru turquoise
After : pink blush (kod cat gambar last)
Sebelum
Pasangkan frame kayu
Potong kayu 45 darjah untuk dijadikan tetulang kemudian pasangkan pada dinding
Letak filling untuk menutup gap antara kayu dan dinding
Cat dinding sebagai lapisan
Kemudian, cat dengan cat warna pilihan kita. Tuan rumah menggunakan cat jenama Jotun kod 20054 warna 'Silky Pink'.
Sesudah cat, touch up lagi dinding supaya nampak kemas
Disebabkan struktur corak yang timbul seperti ini, tak perlu gantungkan frame untuk elakkan dinding kelihatan sarat. Antara barang lain aadalah :
Bakul dan bunga dari Kaison
Set meja makan berharga RM 1800 dari kedai perabot Bandar Baru Bangi
Alas pinggan dari IG shop dan candle holder dari SSF.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk perkongsian pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea dan inspirasi. Selamat mecuba