Sudah menjadi lumrah bagi golongan wanita sukakan sesuatu yang cantik dan menarik. Cara terbaik untuk memastikan orang rumah anda sentiasa gembira adalah dengan menghasilkan satu deco bilik tidur dengan gaya baru. Siapa yang tak sayang bini kan? Perkongsian pada kali ini adalah dari Mohd Asmawi Bin Che Ghani. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara beli jiwa isteri dengan deco bilik tidur.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Sebelum dan selepas. Beli jiwa orang tersayang.
Ruang bilik tidur sebelum diubahsuai.
Kayu wainscoting yang digunakan itu dibeli di kedai hardware. Harga untuk sekaki adalah lebih kurang 83 sen.
Cara lekatkan kayu frame pada dinding adalah dengan menggunakan gam Xbond. Jika tidak mahu permukaan kayu itu kasar. Seeloknya anda beli kayu yang telah dikilatkan.
Cara untuk mengecat kayu dan bahagian dinding ini adalah dengan menyapu cat warna putih terlebih dahulu. Setelah itu barulah lapiskan dengan warna cat kesukaan anda.
Ini adalah dekorasi bilik utama setelah selesai diubahsuai. Warna tema yang digunakan adalah hijau dan putih. Kod cat pula adalah Jade Green jenama Dulux. Perabot dan perhiasan dibeli dari IKEA, Kaison, Shopee, Eco, Mr.Diy dan Houses Lightings Puchong.
Pandangan dari sudut lain bilik tidur setelah selesai diubahsuai.
Dekorasi pada dinding dan tempat letak sejadah.
Deco pada bahagian dinding bilik utama.
Bahagian sudut penjuru bilik dengan hiasan dinding dan almari baju.
Ruang meja solek isteri tercinta.
Keadaan tandas bilik utama.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deco bilik tidur. Semoga bermanfaat.