Memiliki rumah sendiri sudah semestinya menjadi impian setiap orang. Lagi-lagi apabila anda dapat membina rumah anda sendiri hasil dari titik peluh dan kerja keras anda. Memang boleh dikatakan satu kejayaan besar untuk diri sendiri bukan? Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang isteri yang bernama Suzilida Baharudin. Suaminya merupakan individu yang bertanggungjawab membina rumah sendiri untuk mereka tinggal. Perkongsian yang ingin dikongsi adalah mengenai dari tapak kosong, pasangan ini bina sendiri rumah guna konsep elegan pastel.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Assalamualaikum. Perjalanan rumah ku syurga ku. Hari demi hari. Bulan demi bulan. Tahun demi tahun akhirnya rumah yang saya dan suami impikan siap juga. Rumah hasil titik peluh suami saya buat 100%.
Ini adalah semasa proses menggaul simen dilakukan untuk membuat rumah tersebut.
Proses diteruskan dengan membuat tapak dan menaikkan besi tiang.
Ini adalah ketika rumah siap di dirikan dan bumbung baru dipasang. Proses masih berjalan seperti biasa hari demi hari dek kerana kekangan masa.
Pandangan keadaan dalam rumah semasa proses ubahsuai suai sedang giat dijalankan.
Pandangan dari sudut lain keadaan rumah semasa proses membina rumah.
Ini adalah keadaan selepas selesai proses mengecat dan pemasangan lantai mozek.
Ini pula adalah keadaan dapur rumah ketika dalam proses pembuatan.
Ini adalah keadaan dapur setelah proses membina rumah selesai dengan jayanya.
Keadaan tandas semasa proses ubahsuai dijalankan.
Ini adalah pandangan dari dalam keadaan rumah untuk pintu hadapan.
Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang tamu semasa proses ubahsuai.
Keadaan ruang tamu selepas proses deco rumah selesai dijalankan.
Ini adalah pandangan rumah dari luar dan proses-proses masih dijalankan.
Proses diteruskan lagi.
Keadaan rumah setelah siap membina secara sendiri.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.