Bersihkan Tangki Seterika Wap. Hanya Guna Cara Ini

Ditulis oleh

Ramai yang menggunakan seterika wap kerana mempunyai fungsi yang sesuai dan mesra pengguna. Walaubagaimanapun, tahukah anda dinding tangki untuk mengisi air pada seterika berwap itu akan menjadi berlumut jika lama tidak dibersihkan. Satu perkongsian daripada halaman facebook Repair Iron Bangi berkongsi cara bersihkan kotoran dan lumut pada tangki seterika berwap.

Cara Buka Tapak Seterika

cara bersihkan seterika wap

 

Mula-mula, tanggalkan tank drop daripada tapak tangki tersebut supaya kerja kita lebih mudah dilakukan kerana dibawah itu mempunyai litar elektrik untuk mengelakkan daripada terkena air ketika proses mencuci ini dijalankan.

Tutup Saluran Air

Seterusnya tutup saluran air yang terletak di bawah tapak tangki itu supaya ketika proses mencuci nanti air pencuci tidak akan keluar.

Bersihkan Tangki Seterika

Kemudian masukkan pencuci tangki sebanyak 2 liter ke dalam tangki seterika itu.

cara bersihkan seterika wap

Dan biarkan selama 1 jam.

Keluarkan Air

cara bersihkan seterika wap

Seterusnya, selepas keluarkan air pencuci tangki tadi daripada tangki seterika ke dalam bekas kosong.Buang air itu sehingga habis.

Bersihkan Tangki Seterika

Langkah seterusnya, bilas tangki tersebut dengan air panas supaya baki kotoran di dalam tangki tersebut dikeluarkan sepenuhnya sehingga bersih. Akhir sekali pasang kembali tapak tangki tersebut dan boleh menggunakannya.

Kesimpulannya, seterika wap ini banyak fungsi serta kelebihannya yang dapat memudahkan urusan, menjimatkan masa serta mempunyai mod penjimatan elektrik. Proses mencuci ini boleh dilakukan sekiranya di dalam tangki itu mempunyai kotoran dan lumut.

Oleh itu jika ada kesempatan masa sila pantau keadaan tangki seterika wap itu samada bersih atau tidak di rumah anda supaya kelihatan bersih dan enak diapandang. Selamat mencuba!

Sumber: Baiki Iron Bangi

Baca juga: Cara Bersihkan Tilam Kotor Gunakan Taktik Deep Cleaning

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 13, 2021
Dikemaskini pada
Disember 13, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram