Memiliki rumah sewa bukanlah menjadi isu besar untuk anda dalam mengubahsuai dan mendekorasikan rumah. Perkara yang selalu terjadi apabila tinggal di Kuala Lumpur adalah sukar untuk mencari rumah yang memiliki ruang luas. Tambah-tambah lagi mahu dengan harga bajet. Jadi untuk perkongsian kali ini adalah dari Siti Mariam Kamsan mengenai transformasi dari rumah sewa flat lama menjadi rumah moden style.
Memiliki rumah yang mempunyai ruang kecil bukan menjadi satu masalah kepada anda. Untuk menjadikan rumah anda cantik dan menawan, anda hanya perlukan daya kreativiti anda sahaja. Perkara yang paling penting sekali dalam mendekorasikan rumah adalah semangat dan tekun dalam mendekorasikan rumah anda. Bukan sekadar separuh jalan.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian mengenai transformasi idea dekorasi yang menarik ini.
Walaupun rumah ini hanyalah rumah sewa, itu bukan menjadi satu halangan untuk mendekorasikan rumah supaya cantik dan kemas. Beliau memanfaatkan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk mengubahsuai rumah sewanya itu. Beliau dan suaminya memulakan proses pengubahsuaian dengan pemilihan sofa, warna cat, memilih dekorasi yang sesuai dan banyak lagi.
Untuk menghias rumah yang mempunyai ruang sempit terutamanya rumah flat, cara menghiasnya adalah bergantung kepada susun atur barang dan perabot rumah yang ada. Anda perlu bijak meletakkan barang dan perabot ditempat yang sesuai.
Bagi yang ingin tahu berapakah bajet yang dikeluarkan untuk menghasilkan dekorasi ruang sebegini. Bajet yang dikeluarkan hanyalah sekitar rm 1300 sahaja. Barang-barang dan perobot kebanyakan dibeli melalui atas talian sahaja (Online).
Ini adalah keadaan ruang makan sebelum dan selepas diubahsuai.
Ini adalah gambar lebih jelas dekorasi untuk ruang makan. Simple tapi sangat menarik.
Ini pula adalah dekorasi untuk drop point atau tempat letak segala kunci.
Yang ini pula adalah tempat belajar untuk anak-anak.
Ini pula adalah dekorasi untuk bahagian dapur rumahnya. Walaupun memiliki ruang yang agak sempit. Tetapi cara susun atur barang dapur itu yang menampakkan ruang ini lebih kemas dan luas.
Ini adalah ruang tamu untuk bersantai dan beristirehat.
Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea untuk mengubahsuai dan mendekorasi rumah sewa jenis flat ini.