Keselamatan anak kecil ketika berada di rumah penting kerana anak kecil tidak tahu apa yang dilakukan olehnya. Sebagai ibu bapa, anda haruslah sentiasa membuat pemantauan agar tidak berlaku perkara yang tidak di ingini. Kadangkala apabila berada di rumah anak-anak akan lebih bebas bermain ke sana dan ke sini. Adakalanya ibu bapa tidak dapat berikan tumpuan sepanjang masa. Perkongsian Giler Deco kali ini adalah dari Shuhaimi Zulkefli mengenai diy baby safety gate hanya dengan rm30.
Bagi yang tinggal di rumah dua tingkat, keselamatan di tangga amatlah penting. Anak kecil kebiasaannya suka panjat dan turun tangga sesuka hati. Bukan itu sahaja, di dapur juga anak kecil suka masuk ke dapur dengan senang dan pasti akan bermain dengan peralatan yang ada di dapur apabila tidak di simpan dengan cermat. Jadi tidak salah hanya keluarkan rm30 demi untuk keselamatan anak anda.
Sebelum mendatangkan bahaya kepada anak-anak, seeloknya kena ada halangan yang selamat untuk mereka. Biar mereka menjerit tak boleh masuk atau memanjat tangga daripada kita menyesal dengan kejadian yang lebih buruk.
Jadi baby safety gate antara yang paling penting mesti ada di rumah jika ada anak kecil. Nak jimat kos boleh cuba diy sendiri safety gate melalui perkongsian.
Mudah sahaja bahan-bahannya! Hanya menggunakan kayu pallet, besi L Bar yang boleh dibeli dari MR. DIY, curtain hook (IKEA) dan roda.
1. Pelaras kaki meja yang terpakai. Fungsinya adalah sebagai security locked.
2. Kayu pallet
3. Vidga IKEA curtain hook dan dan dapat percuma getah.
4. Besi L shape (MY.DIY jual harga RM1.80)
6. Roda kecil kedai Eco
Langkah-langkah :
1. Tebuk dinding satu lubang dan lekatkan double side roda
2. Roda dibawah dan ditepi dinding
3. Roda tepi untuk jarakkan dinding
4. Roda bawah dua biji
5. Kunci yang boleh diselaraskan. Lubang anda tebuk sendiri
6. Inilah hasil yang sudah siap
7. Keadaan pagar apabila dibuka
Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Di harap dapat memberi inspirasi kepada anda dalam cuba membuatnya dirumah