"Alahai sweet betul pasangan berusia atok dan nenek ini, orang kata makin berusia makin romantik". Itu yang dapat digambarkan dari pasangan ini apabila melihat atok melayan sahaja hobi dan kerenah nenek iaitu isteri tercintanya. Disebabkan lama berkurung, mereka bercadang untuk membuat deco simple bahagian dapur rumah anak mereka bagi mengisi masa lapang. Jom ikuti aksi "sweet" atok ini melayan kerenah isteri tercinta dengan deco rumah gaya orang lama yang ingin dikongsikan oleh Norizan Omar ini.
Bila kena kurung lama sangat ni nenek mula boring. Jadi nenek ajak atok siapkan deco dinding ruang baking anak nenek. Walaupun tak sehebat deco orang lain tapi nenek suka sangat sebab atok rajin layan hobi baru nenek.
Ini adalah deco simple yang dilakukan oleh atok ini. Atok hanya lakukan pertukangan ringkas sahaja dengan memasang perhiasan pada dinding dapur tempat baking anak mereka.
Gambar selepas pemasangan hiasan dinding tempat baking anak selesai dipasang dan dideco cara dan gaya simple orang lama.
Pandangan dari sudut lain hasil deco simple yang dilakukan oleh atok ini.
Untuk langsir pula. Langsir ini dibeli di Romantika.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian deco orang lama ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk deco rumah dan deco dapur rumah anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.