Garaj kereta merupakan antara tempat yang wajib ada didalam mana-mana rumah di Malaysia ini. Tanpa garaj kereta, mana lagi kita nak "park" kereta kita kan? Namun berbeza dengan lelaki ini kerana beliau telah membuat transformasi garaj kereta beliau kepada "house studio" yang berkonsepkan gaya scandinavian bercampurkan minimalis.
Satu akaun facebook yang bernama Hajar Yahya, telah memuat naikkan hasil transformasi garaj kereta ini. Beliau menyatakan transformasi tersebut merupakan hasil daripada ayahnya yang menyatakan ingin menghadiahkan rumah kepada anak kesayangan beliau.
Kisah ini sangat menyentuh hati Hajar Yahya dan juga Giler Deco. Jadi hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda, hasil dan juga dekorasi daripada transformasi rumah garaj yang dilakukan oleh ayah beliau. Jom kita tengok perkongsian tersebut.
Ujar Hajar Yahya, beliau merupakan seorang ahli perniagaan online dan bercita-citakan ingin memiliki ruang pejabat sendiri. Beliau meyatakan ingin gunakan ruang pejabat ayahnya untuk dijadikan ofis namun ayahnya balas mcm dibawah ini :
“ABAH, BOLEH TAK NAK GUNA BILIK JADIKAN OFIS? BUAT MACAM OFIS BETUL.” AKU HARAP DIA JAWAB YA.SEBALIKNYA DIA JAWAB,
“TAK BOLEH. NANTI ABAH BUATKAN OFIS UNTUK AWAK.”
Hajar Yahya terkejut dengan apa yang dicakapkan oleh ayanya.
Tak lama lepas tu, lepas raya seingat aku. Abah aku mula mengemas garaj kereta dia. Dia bersihkan lantai garaj dan buka atap. Selepas itu, bahan-bahan binaan pula sampai. Batu blok, pasir, simen selambak di depan rumah.Tak banyak cakap, abah aku pun mula kerja buruh kasar dia. Naik batu blok satu persatu.
Usai solat Subuh, aku tengok abah dah siap salin “uniform” kerja. Garaj yang dulu kosong tanpa dinding, sudah ada dinding. Tak mengeluh, tak mengadu. Semuanya dia buat sendiri.
Tak lama lepas tu, lepas raya seingat aku. Abah aku mula mengemas garaj kereta dia. Dia bersihkan lantai garaj dan buka atap. Selepas itu, bahan-bahan binaan pula sampai. Batu blok, pasir, simen selambak di depan rumah.
Tak banyak cakap, abah aku pun mula kerja buruh kasar dia. Naik batu blok satu persatu. Usai solat Subuh, aku tengok abah dah siap salin “uniform” kerja. Garaj yang dulu kosong tanpa dinding, sudah ada dinding.
Tak mengeluh, tak mengadu. Semuanya dia buat sendiri. Aku yang sayu. Ya Allah bergenang air mata aku tengok dia usung kereta sorong penuh dengan pasir dan simen pukul 1 tengahari.
Jemputlah tengok gambar hasil tangan abah dan aku (sikit je hias-hias). Untuk barang dalam rumah, kebanyakannya dari Ikea dan Mr DIY. Ringkas tetapi sedap mata memandang pada kami.
Akhir kata sebagai penutup, cinta ayah itu kadang kala memang tak terlihat. Tak nampak. Tapi kita pasti merasakannya. Ayah yang tak banyak bicara terkesan tak peduli, tetapi sesungguhnya yang ada dalam hatinya adalah kita.
Abah, pinjamkan aku hatimu agar aku belajar bagaimana menghadapi masalah tanpa mengeluh sedikit pun. Di setiap keringatmu, di setiap lelah nafasmu, penuh dengan kasih sayangmu. Terima kasih abah.
Hajar Yahya,
Anak Pakya selamanya.
Sumber : Hajar Yahya
Ingin membaca artikel yang seterusnya?
Baca juga :- Transformasi 2 Tahun Daripada Rumah Kampung Ke Konsep ” Shabby & Cottage “