Boleh dikatakan hampir semua orang tidak berminat untuk cuba mengubahsuai rumah yang sudah lama ditinggalkan. Mungkin faktor utamannya adakah mereka berpendapat rumah lama mungkin ada penghuni lain yang menetap kerana sudah lama ditinggalkan. Memang tidak dinafikan jika rumah sudah tidak berpenghuni akan ada makhluk lain yang tinggal disitu. Tapi itu bukanlah penghalang untuk anda tidak mengubahsuai rumah lama anda. Jadi kali ini Giler Deco ingin berkongsi mengenai transformasi rumah usang milik arwah ibu kepada rumah teres ala-ala kondo mewah!
Menurut perkongsian dari Farziehan Surf, rumahnya yang berkeluasan kira-kira 1100 kaki persegi disungai petani kedah itu sudah hampir lebih 10 tahun tidak berpenghuni. Nekad yang ditunjukkan dalam mengubahsuai rumah usang itu mendapat perhatian netizen kerana sifatnya yang boleh dikatakan banyak memberi ispirasi kepada orang ramai dalam cuba mengubahsuai rumah lama.
Biasalah kalau bercakap rumah lama memang orang akan kaitkan dengan benda mistik. Lagipun rumah yang diubahsuai ini sudah hampir 10 tahun tidak berpenghuni. Tapi itu semua bukanlah menjadi satu penghalang untuk mengubahsuai rumah. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian ini.
Dulu berimpian nak rumah ala-ala kondo.
Mula-mula tengok rumah lama arwah ibu ini rasa macam susahnya nak deco rumah ini ala-ala kondo mewah di KL ni. Tapi rasa teruja nak buat jugak. Tak fikir panjang terus buat design, konsep dan kira kos yang kena keluarkan.
Keadaan sebelum dan lepas rumah yang diubahsuai.
Hampir keseluruhan perabot yang digunakan adalah dari SSF dan IKEA. Konsep deco yang digunakan adalah moden klasik. Boleh dikatakan konsep ini sangat disukai orang ramai. Konsep ini boleh dikatakan tidak keras, tidak serabut dan lembut.
Perabot yang digunakan adalah perabot perabot moden, simple dan masih gunakan perabot dari material kayu. Macam meja makan tu. dibeli dari IKEA. Gabungkan dengan kerusi meja makan dari material fabrik baldu. Kos yang dikeluarkan lebih kurang dalam 145k jugalah untuk buat rumah macam ini.
Untuk gambar penuh boleh lihat dibawah :
[foogallery id="8743"]
Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada anda dalam mengubahsuai rumah lama anda.