Kos Membuat Penyidai Kain Ikea Bermodalkan RM40 Sahaja?!

Ditulis oleh

Ada tak pembaca Giler Deco didalam ni tinggal di kediaman bertingkat? Adakah anda mempunyai ruang menyidai baju yang luas? Bagi yang tinggal di kediaman bertingkat mungkin mengalami masalah ruang menyidai baju yang agak terhad.

Justeru, ramai yang terpaksa meletakkan penyidai baju di balkoni hingga tiada lagi ruang untuk bersantai- santai mengambil angin yang segar daripada balkoni. Mesti stress kan?

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda bagaimana untuk membuat penyidai kain balkoni ikea dengan bermodalkan hanya RM40 sahaja. Murah bukan? Pasti anda akan menyukainya. Jom kita tengok.

Kos Membuat Penyidai Kain Balkoni Ikea Hanya RM40 Sahaja?

Penyidai kain ini adalah hasil daripada Nordin Nj yang telah postkan hasil beliau didalam laman Facebook.

Beliau  menggunakan rod langsir Ikea yang diubah untuk menjadi penyidai baju. Selepas baju itu kering, anda boleh simpan rod ini dan balkoni bebas digunakan untuk bersantai-santai hirup udara segar. Modal pula cukup murah RM40 saja

BARANG YANG DIGUNAKAN

  1. BETYDLIG WALL BRACKET - RM6.90
  2. BETYDLIG CURTAIN HOLDER - RM4.90
  3. HUGAD CURTAIN ROD - RM24.90

Kesemua barang ini 100% daripada Ikea. Anda boleh membeli online sekiranya anda berada jauh daripada ikea.

CARA PEMASANGAN

Penyidai Kain Ikea

Laraskan ketinggian yang anda ingin kan dan lekatkan bracket tersebut pada dinding. Rod pula boleh diletakkan ditepi bucu balkoni.

HASILNYA

Penyidai Kain Ikea

Tadaaaaa.....Inilah hasilnya. Mudah sahaja kan? Tidak perlu modal yang mahal untuk membuat penyidai ini.

Penyidai Kain Ikea

Apabila kain sudah kering dan anda tidak mahu gunakannya lagi, angkat dan kemaskan rod langsir pada bracket di bucu balkoni tersebut.

Macam mana dengan hasil penyidai kain ikea ini daripada Nordin Nj kali ini? Simple dan mudah untuk dibuatkan? Giler deco yakin anda mampu membuatnya secara DIY sahaja dirumah.

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk hari ini? Giler deco yakin anda mampu membuatnya secara DIY sahaja dirumah. Semoga bermanfaat semua.

Sumber : Nordin Nj

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca Juga :- Kos Buat “Kitchen Island” Hanya RM300? Biar Betul?!

 

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 21, 2021
Dikemaskini pada
Januari 21, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram