Pernah kah anda merasakan bosan dengan reka bentuk rumah yang sama je tanpa perubahan apa-apa pun. Sebenarnya bukan kita taknak berhias ruang tamu kita tu, tetapi ketandusan idea telah menyebabkan niat dan usaha kita untuk mendekorasi rumah menjadi terbantut. Perkongsian kali ini adalah dari Lang Abdullah. Perkongsiannya adalah mengenai tips permulaan dekorasi rumah.
Jangan bimbang kerana min sedia untuk membantu masalah yang anda hadapi ini dan semestinya tujuan artikel ini ditulis adalah untuk membantu anda di luar sana yang tengah mengalami masalah hendak memulakan dekorasi rumah anda. Jom kita sama-sama ikuti tips-tips yang berguna ini.
1. Buat checklist apa barang yang masih boleh di pakai dan barang yang harus di buang atau dijual.
2. Catatkan perbelanjaan agar tidak melebihi bajet yang ditetapkan. Perkara ini dibuat supaya untuk menjimatkan wang anda pada masa akan datang.
3. Cuba lakar susun atur perabut mengikut kesesuaian ruang yang ada. Anda boleh rujuk gambar di bawah bagaimana cara susun atur perabut supaya kelihatan lebih berseri-seri.
4. Kenal pasti tema dan konsep yang bersesuaian dengan perabut asal dan juga size ruang anda.
5. Pilih warna yang bersesuaian dengan tema dan size ruang. Limitkan satu warna untuk feature wall dan satu warna cerah utk non feature wall.
6. Pelbagaikan teknik mengecat yang boleh diaplikasikan pada dinding utana seperti wall art mahupun cat dengan kesan wallpaper.
7. Pilih aksesori lembut seperti bantal fan permaidani yang boleh mengimbangi ruang dan melembutkan suasana ruang anda.
8. Pelbagaikan ruang penyimpanan yang lebih praktikal seperti rak dinding, rak pelbagai guna untuk ruang yang terhad.
9. Sentiasa bermain dengan susun atur utk memberi mood yang berbeza tetapi haruslah praktikal dengan susun atur tersebut.
Untuk memberikan anda lebih banyak idea untuk mendekorasi rumah, min akan kongsikan beberapa idea reka bentuk ruang tamu daripada Lang Abdullah ini.
Woww sungguh kreatif dan cantik je tengok rumah ni selepas siap dekorasi. Min pun rasa macam nak start deko rumah min jugak laa nanti.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.