Tujuan utama menghias bilik tidur tidak lain tidak bukan adalah untuk kepuasan diri sendiri. Selepas seharian penat bekerja, apabila tibanya di rumah anda pasti akan terus menuju ke bilik, iaitu ruangan untuk anda beristirehat.
Tetapi bagaimana pula jika bilik tidur anda kecil? Jangan risau, kali ini kita lihat tips dekorasi bilik tidur yang kecil dan sempit! Memiliki ruang tidur yang kecil bukan menjadi penghalang untuk anda menghias bilik tidur.
Apa yang anda perlukan adalah sedikit masa untuk membuat research tentang dekorasi yang sesuai dengan ruangan bilik tidur anda. Zaman moden kini research hanya di hujung jari, tinggal petik saja! Ikuti perkongsian ini untuk ketahui tips makeover bilik tidur dengan ruang terhad supaya kelihatan luas dan cantik!
1.Penggunaan warna
Pemilihan warna sebenarnya memainkan peranan untuk menghias bilik. Warna lembut atau pastel boleh memberikan kesan ruang bilik kelihatan lebih luas.
Bukan itu sahaja, anda akan rasa tenang dan nyaman ketika berada di dalam bilik kerana suasana bilik dikatakan mampu mempengaruhi emosi seseorang.
Pemilihan warna putih membuatkan bilik tampak lebih luas.
Warna pastel ini membuatkan bilik nampak luas dan mendamaikan
2. Susunan katil dan perabot
Jika ruangan bilik tidur terhad, apa yang harus beri perhatian adalah susunan perabot di dalam bilik. Anda harus kurangkan perabot yang saiznya terlalu besar seperti almari, meja lampu dan sebagainya.
Jika masih ingin letakkan perabot ini, pastikan anda memilih saiz yang bersesuaian supaya tidak nampak terlalu crowded di dalam bilik. Selain itu, susun atur perabot juga memainkan peranan penting. Ia akan memberi impak kepada ruang bilik.
Sebagai contoh katil tidur anda hedaklah diletakkan di penjuru bilik, bukan di tengah bilik kerana ia akan nampak lebih kemas dan luas.
3. Gunakan cermin
Salah satu cara untuk memastikan bilik anda nampak luas adalah dengan adanya penggunaan cermin yang besar. Jika anda meletakkan posisi cermin berhadapan tingkap, ia mampu memberi pantulan cahaya dari luar supaya bilik sentiasa dalam pencahayaan yang baik.
Penggunaan cermin yang memberi pencahayaan yang baik di dalam bilik.
4. Pasang wallpaper dinding
Siapa kata ruang bilik yang kecil tidak sesuai mempunyai wallpaper bercorak? Ini adalah tanggapan salah, anda boleh gunakan wallpaper bercorak di dalam bilik kecil anda. Tetapi ada caranya! Jika bilik tidur anda mempunyai 4 bahagian dinding, lekatkan wallpaper bercorak pada satu bahagian sahaja.
Ini untuk mengelakkan bilik menjadi suram apabila anda melekatkan wallpaper di seluruh dinding bilik tidur anda. Selain itu, cari corak wallpaper secara menegak untuk memberi ilusi bilik yang lebih tinggi dan luas.
Wallpaper dinding yang bercorak dan menegak menampakkan bilik kelihatan tinggi dan luas.
Kesimpulannya, tidak susah sebenarnya untuk menghias bilik tidur yang kecil. Hadkan barang di dalam bilik dan ikuti kesemua tips di atas untuk memberikan ilusi bilik tidur yang luas.
Kredit : Deko Rumah Cantik