10 Tips "Open Wet Kitchen"

Ditulis oleh
0

Sudah pasti ramai yang impikan untuk mempunyai ruang dapur rumah terbuka kerana tampak lebih luas dan menyenangkan untuk beristirahat. Untuk menghasilkan satu ruang yang luas dan menarik ia memerlukan minat dan bajet yang besar lebih-lebih lagi untuk mendapatkan ruang dapur basah terbuka yang besar seperti gambar di bawah. Perkongsian kali ini adalah mengenai 10 Tips "Open Wet Kitchen".

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian ini.

10 Tips "Open Wet Kitchen" :

Namun sedarkah anda untuk menghasilkan ruang yang luas dan besar, kita perlulah mengambil tahu beberapa tips penting untuk sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan dapur basah terbuka. Menerusi perkongsian daripada Puan Naimah Md Ludin, beliau telah kongsikan kepada kita 10 tips penting dalam penjagaan dan pembuatan dapur basah ini. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau,

TIPS:

1. Buat Kajian kawasan rumah sebelum bina dapur terbuka. Pastikan kawasan rumah selamat dan bebas dari penceroboh, laluan haiwan liar (ular) atau gangguan haiwan perosak (tikus/monyet).

2. Pemilihan konsep atau tema dapur terbuka. pilih satu konsep yang sesuai dengan suasana dan persekitaran,minat @ kecenderungan serta ruang pengudaaraan yang baik.

3. Pemilihan perabot dan dekorasi yang bersesuaian dengan tema yang dipilih. Nak jimat boleh D.I.Y sendiri perabot.

4. Susun atur perabot, kabinet dan meja yang bersesuaian supaya ruang nampak lapang, tidak serabut dan kemas supaya selesa untuk memasak dan menjamu selera.

5. Pastikan sampah dan sisa makanan terus dibuang ke dalam tong sampah tertutup atau tong sampah utama di luar rumah utk mengelakkan kehadiran tikus, lipas, semut dan kucing.

6. Sentiasa pantau rak, kabinet dan ruang tertutup sentiasa selamat dari kehadiran haiwan yang tak diingini.

7. Jaga Kebersihan ruang dapur basah dan pastikan lantai sentiasa kering dan bersih.

8. Hiaslah ruang dapur dengan tumbuhan hidup, pokok-pokok segar bagi menambah seri dapur terbuka.

9. Simpan perkakas dapur yang berharga atau berbahaya di tempat selamat. Kalau boleh sediakan ruang dapur kering kat dalam rumah.

10. Utamakan keselamatan penghuni rumah dan pastikan pagar dan tembok dalam keadaan selamat dan berkunci.

Gambar-gambar di bawah merupakan idea-idea dapur basah terbuka yang telah dikongsi oleh beliau.

D.I.Y dinding guna cement board@papan sera

  D.I.Y sendiri dinding dan kabinet storage

multipurpose storage merangkap kaunter bar

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
0
Diterbitkan pada
September 3, 2020
Dikemaskini pada
September 3, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram