Kelihatan mustahil, tapi wanita ini telah berjaya membuktikan dengan hanya RM2000, dia berjaya ubah dari rumah biasa kepada “rumahku syurgaku”. Sangat menarik apa yang dilakukan oleh wanita ini. Jadi kali ini Giler Deco mahu berkongsi satu perkongsian mengenai ubahsuai rumah Banglo usang kepada gaya klasik moden.
Wanita yang dikenali sebagai Mcyah Joanjett telah berkongsi rahsia disebalik cara dia mengubahsuai kediamannya berkonsepkan mewah klasik tetapi dengan bajet yang sedikit beliau mampu lakukan perubahan yang menakjubkan untuk rumhanya.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh wanita ini.
Ini adalah keadaan rumah sebelum diubahsuai dengan konsep dan gaya baru.
Ini pula keadaan bilik sebelum diubahsuaid dengan gaya baru.
Ini pula keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.
Ini adalah keadaan ruang menonton tv sebelum diubahsuai dengan gaya baru.
Ini adalah keadaan rumah setelah selesai diubahsuai. Sangat cantik konsep yang diterapkan. Bahagian halaman rumah kini nampak lebih cantik dan kemas tiada lagi kelihatan lusuh dan usang.
Untuk rak letak bunga hanya berharga RM25 yang dibeli di IKEA. Rak kasut pula hanya RM150 juga dari IKEA.
Ini pula keadaan ruang tamu selepas selesai diubahsuai. Jelas kelihatan mewah dan sangat kelihatan moden.
Cermin RM68 untuk 10 biji di IKEA.
Ruang makan yang simple but nice. baru selera nak makan dengan keluarga.
Meja makan RM189, kerusi makan RM40 boleh didapati di IKEA manakala untuk alas meja pula beharga RM8 boleh didapati di MR.DIY.
Wallpaper yang digunakan juga sangat stylish dan eye-catching. bak kata orang sejuk mata memandang.
Lampu Spotlight berharga RM35 boleh didapati di IKEA.