Pada masa kini, ramai dikalangan kita lebih memilih untuk berjimat cermat dalam berbelanja, lebih-lebih lagi apabila untuk mengubahsuai rumah atau dapur, sebenarnya ada sahaja cara yang lebih jimat untuk mencantikkan dapur, contohnya adalah dengan melakukannya secara diy. Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Puan Ema. Beliau berkongsi cara mudah diy almari table top tanpa guna drill.
Beliau berkata, pada permulaannya, beliau hanya mahu letak langsir sahaja bawah table top itu oleh kerana ianya kelihatan agak berserabut apabila tengok barang-barang bawah table top itu. Tetapi, setelah berfikir semula, beliau adalah seorang yang jenis masak ganas. Anak bujang dengan anak dara pun jenis suka memasak juga. Sudah pasti langsir itu cepat kotor. Jadi, beliau mengambil keputusan untuk lakukan DIY sahaja almari bawah table top itu.
Jadi, jom ikuti perkongsian menarik ini.
DIY almari bawah table top, tanpa guna drill, dekat sini saya share juga barang-barang yang saya guna ye. Mana tahu kot ada yang nak try juga.
Keadaan ruang dapur sebelum diubahsuai.
Ketika ini, baru selesai tampal wallpaper dekat bawah table top itu dan sudah siap pasang rail. Ianya tak perlu drill, hanya guna gam sahaja.
Inilah hasil projek diy simple pintu bajet table top, ala-ala sliding.
Bahagian dapur kecil sahaja janji selesa untuk digunakan.
Ini adalah barang-barang yang digunakan. Gam itu digunakan untuk lekatkan rail pada bawah table top. Hal ini adalah kerana beliau tidak mahu guna drill.
Tips untuk guna gam itu, kalau guna, kena tunggu satu hari baru kering.
Ini adalah papan plywood yang sudah siap ditampal guna wallpaper. Ini bukan wallpaper yang biasa tampal dekat dinding tu ya.
Plywood itu beliau order dekat Shopee sahaja, ukur siap-siap, selepas itu minta seller potong ikut ukuran yang telah diberi.
Roda itu muat untuk plywood yang tebal dia 5mm.
Inilah rail yang digunakan, untuk letak roda itu, rail dengan roda itu beli dekat Shopee sahaja.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.