Tiada pengalaman untuk lakukan deco rumah tidak bermakna anda tidak boleh lakukan ubahsuai rumah dengan konsep dan gaya tersendiri. Adakalanya hasil diy yang dilakukan oleh orang yang pertama kali melakukan projek wainscoting ini lebih kemas dan cantik dari yang berpengalaman, ia sudah semestinya bergantung kepada daya kreativiti masing masing. Seperti yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Khairani Shahimin. Beliau ingin kongsikan pengalaman pertama kali lakukan deco ruang tamu.
Jom sama-sama ikuti perkongsian yang cantik menarik ini.
Alhamdulillah siap jugak akhirnya wainscoting dan dinding shiplap. Pertama kali buat kerja diy ini.
Keadaan dinding ruang tamu yang dipasang shiplap wall semasa proses mengecat dilakukan. Jenama cat pada kayu yang digunakan adalah Jotun Snow White code 5001. Kayu shiplap yang digunakan ini dibeli dari Shopee.
Bahagian dinding sebelah lagi dipasang wainscoting dan juga grand mirror.
Hasil selepas proses pemasangan wainscoting dan grand mirror selesai dilakukan. Hasil yang diperoleh tidak langsung kelihatan seperti seorang amatur. Cukup kemas dan menarik hasil kerja yang dilakukan oleh pemilik rumah ini.
Gambaran penuh ruang tamu setelah kerja-kerja diy selesai dilakukan. Jelas kelihatan ruang ini lebih mewah dengan penambahan penggunaan lampu L Box siling.
Cantik bukan hasil kerja diy dari seorang yang baru pertama kali lakukan?
Itu sahaja perkongsian projek diy pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.