Setiap orang ini sudah pastinya akan ada minat sendiri kan? Sebagai contoh, kalau seseorang tersebut inginkan sebuah dekorasi rumah warna kuning, kesemuanya pastinya akan berwarna kuning. Daripada ruang tamu, bilik sehinggalah kepada bahagian dapur. Kalau tak sama warna komfirm akan tukar juga warna sama.
Macam dilakukan oleh Abd Ghani Hasan Arief ini. Beliau melakukan sebuah projek ubahsuai peti ais beliau yang lama menjadi sebuah peti ais ala-ala SMEG. Ditambah pula peti ais tersebut dicatkan dengan warna kuning agar ia sama warna dengan tema dapur beliau. Jom kita lihat hasil perkongsian daripada beliau ini.
Ini hasilnya setelah beberapa hari berpeluh mengerjakan peti ais tu di laman belakang rumah. Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Rumah telah pun meluluskan kerja2 mengecat peti ais ni.
Harap2 lulus dengan cepat la claim abang.
Sebenarnya idea nak mengecat ni timbul kerana memang abang nak Repair drain hole yang tersumbat yang menyebabkan air meleleh keluar dari peti ais. Peti ais ni pun dah sweet 17 umurnya.
Gambar close up takda pasal gambar jauh nampak lagi cantik. Maaf susunan gambar yg tak teratur. Tak reti dah nak edit susunan.
Langkah Untuk Melakukan Projek Ubahsuai Rupa Peti Ais Ini
Sebelum meneruskan projek ini, harus dahulu mengikis kesan2 fridge magnet.
Ini akibat cuba Repair cat ketika ia masih basah.
Anak abang spray Base coat. Masa ni ada terfikir gak nak buat atas warna kuning dan bawah warna putih. Tapi bos besar tak luluskan.
Bahagian base coat ini sudah siap.
Kita kasi pula lakukan black trimming. Baru nampak macam peti ais ala-ala SMEG.
Tak perfect tapi ok la untuk projek newbie. Cat pun dah habis. Kat Hardware pun dah habis kaler ni. 4 tin cat kuning, 1 tin cat putih dan 1 tin lacquer/clear.
Siap sudah projek dilakukan ini. Baru matching dengan kabinet dapur.
Pangajaran Yang Dapat Dalam Melakukan Projek Ini
Sumber : Abd Ghani Hasan Arief