Melakukan kerja-kerja renovasi secara DIY pada masa kini boleh dikatakan tidak asing lagi dalam kalangan kita. Hal ini kerana, penghasilan ubahsuai dan dekorasi dengan cara Do it Yourself lebih menjimatkan kos, ianya sangat sesuai sekiranya pemilik rumah mempunyai bajet yang tidak begitu besar untuk melakukan ubahsuai. Perkongsian pada kali ini adalah dari Sazarina Jamaluddin. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai dapur lama hanya guna wallpaper brick.
Sudah pasti jika anda mahu mengupah orang, bajet yang dikeluarkan juga agak berbeza. Jadi, tidak salahnya anda cuba lakukan ubahsuai secara sendiri. Tetapi, sekiranya anda tidak pandai untuk melakukannya sendiri, boleh sahaja menggunakan tenaga dan kepakaran dari luar. Semuanya terserah kepada diri anda sendiri jika berkemampuan dan pandai bertukang.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang menarik ini.
Konsep dekorasi simple sahaja dapur saya. Malu nak tunjuk. Barang lain semua simpan dalam kabinet. Teringin nak rak dan balang kaca simpan rempah-rempah itu, ada idea tak?
Ini adalah keadaan dapur sebelum diubahsuai.
Kos yang dikeluarkan untuk kabinet jenis ini adalah sekitar RM1.8K.
Bahagian tempat rak barangan elektronik dan peti sejuk sebelum diubahsuai.
Selepas diubahsuai.
Tempat Memasak sebelum diubahsuai.
Tempat memasak selepas diubahsuai.
Langsir skirting kabinet sebelum diubahsuai.
Keadaan bahagian dapur setelah selesai diubahsuai.
Dekorasi pada bahagian tabletop dan juga pada dinding. dengan susunan yang kemas.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian deko dapur secara diy sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencantikkan bahagian dapur dengan cara bajet. Semoga bermanfaat.