Cara Mudah Tukarkan Rak Buku Kepada Rak Gantung TV

Ditulis oleh

Penghasilan projek secara diy pada masa kini memang sudah menjadi perkara biasa. Hal ini kerana, rata-rata individu atau pasangan yang telah berkahwin mula membuka mata untuk melakukan kerja bertukang sendiri. Dengan melakukannya secara diy, ia lebih jimat tanpa mengeluarkan modal yang agak besar untuk membeli rak gantung yang baru. Perkongsian pada kali ini adalah dari Shah Rezza. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara mudah tukarkan rak buku kepada rak gantung tv yang kreatif dan menarik.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian kerja diy yang sangat menarik ini.

Cara Mudah Tukarkan Rak Buku Kepada Rak Gantung TV

 

Dari rak buku yang kakinya mereput sebab kena air aquarium yang bocor, nak buang agak sayang. Kita buka dan lakukan diy, laminated buat rak tv, rak letak mainan dekat 2 bilik anak, bilik air untuk letak pokok hiasan dan sebagainya. Masih berfikir lagi nak buat apa pula papan lebih ini.

 

Rak buku yang ingin dijadikan rak gantung tersebut. Ketika ini, ia belum dileraikan lagi menjadi kepingan kayu rak.

Selepas selesai dileraikan, papan rak tersebut dilekatkan pada dinding ruang menonton tv untuk dijadikan rak gantung.

Cara Mudah Tukarkan Rak Buku

Ini adalah wallpaper yang digunakan untuk membalut rak putih tersebut supaya ia lebih kelihatan cantik dan menarik. Wallpaper boleh beli di Shopee.

Rak gantung tersebut selesai dibalut. Langkah seterusnya pula adalah dengan melekatkannya pada dinding ruang tamu.

Cara Mudah Tukarkan Rak Buku

Keadaan rak gantung tersebut setelah dipasang pada dinding.

Cara Mudah Tukarkan Rak Buku

Dengan penggunaan wallpaper marble, ia lebih kelihatan cantik dan menarik.

Ini adalah keadaan dinding tempat letak mainan anak setelah dipasang rak tersebut.

Bahagian dinding ruang tamu menonton tv setelah selesai dipasang rak gantung.

Cara Mudah Tukarkan Rak Buku

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermamfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 6, 2022
Dikemaskini pada
Februari 6, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram