"Rumahku Syurgaku" itulah ungkapan untuk rumah yang kita diami. Rumah adalah tempat kita berteduh bersama keluarga. Jadi, sebagai pemilik rumah, sudah pasti mahukan keluarga kita untuk tinggal didalam keadaan yang selesa. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nurain Mat Anisan. Perkongsiannya pula adalah mengenai idea deko rumah kecil cara bajet.
My small achievement 2021
Next target untuk tahun hadapan pula, kita renovate lagi perlahan-perlahan based on wiring, tambah batu atau pagar dan lain lain.
Ini adalah hasil renovasi rumah mereka. Dekorasi yang dibuat secara berkala sahaja untuk kawasan dapur dan ruang tamu. Selepas ayahnya berpindah, mereka yang duduk dan ubahsuai jadikan rumah lebih ceria. Dekorasi yang dihasilkan tidaklah lawa sangat tetapi dengan melakukan ubahsuai, ia menampakkan lagi ceria. Katanya.
Hasil daripada duit berniaga sambal online, ia membolehkannya untuk ubahsuai sedikit rumah ini. Walaupun ubahsuai yang dilakukan tidak banyak, tetapi tetap berpuas hati kerana mampu menjadi tempat yang selesa untuk keluarga kecil mereka untuk berteduh. Beliau memang tidak pernah menyangka, hanya dengan sambal bilis sahaja dapat capai target untuk penambahbaikan rumah.
Kebanyakan barangan rumah yang digunakan adalah dari IKEA, Kaison, Mr.Diy.
Almari kabinet yang digunakan adalah dibeli dari IKEA.
Gambar dapur sebelum dan selepas diubahsuai.
Ruang dapur tempat memasak.
Rak tempat meletakkan air dan cawan.
Ruang sinki rumah setelah diubahsuai.
Cara susunan barangan dapur diatas tabletop.
Bahagian rak dan peti ais.
Target seterusnya pula, untuk tahun ini, beliau berhasrat untuk mengubahsuai lagi perlahan demi perlahan pada bahagian wiring, tambah batu atau pagar dan lain lain.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.