Deco Rumah Ruang Terhad Jadikan Kelihatan Luas

Ditulis oleh

Tinggal di rumah kecil yang mempunyai ruang terhad bukanlah menjadi salah satu sebab dan penghalang untuk melakukan kerja-kerja ubahsuai. Kadangkala, rumah kecil lagi senang dan mudah untuk diubahsuai berbanding rumah yang besar dan luas. Perkongsian pada kali ini adalah dari Mira Nabila Wahiba. Perkongsiannya pula adalah mengenai deco rumah ruang terhad jadikan kelihatan luas.

Ingin tahu perkongsian ini dengan lebih lanjut? Jom sama-sama kita ikuti dekorasi ini.

 

Deco Rumah Ruang Terhad

 

From nothing to something.

Assalamualaikum semua. Ini kali pertama saya kongsi deco ruang rumah kecil saya. Rumah ini baru 5 tahun lebih duduk. Kami suami isteri sama-sama deco sedikit demi sedikit. Dari lantai simen, pasang tikar getah, tukar ke cat lantai (2 kali tukar cat), upgrade ke vinyl.

Sama-sama cat dinding, pasang vinyl berdua sampai sakit-sakit pinggang. InsyaAllah, rumah kecil, tapi penuh dengan sentimental value hasil kerjasama suami isteri.

 

Rumah ini adalah jenis kos rendah 2 bilik tahun 80an. Ini keadaan lantai asal. Mereka lakukan ubahsuai secara berkala mengikut bajet semasa dengan cara DIY.

Deco ruang tamu

Pada ketika ini, anak mereka baru seorang. Bahagian lantai hanya beralaskan tikar getah sahaja. Mereka berkata, sakit mata juga tengok gelembung-gelembung itu. Mereka memang gemar tidur depan tv dan 2 bilik pada bahagian atas memang tidak digunakan. Salah satu sebab adalah toilet 1 sahaja dekat bawah. Jadi, malas nak naik turun banyak kali. Sudahnya, berkampung sahaja dekat bawah bertiga.

Deco Rumah Ruang Terhad

Ada satu masa itu, rumah diserang pepijat. Mereka membuang semua tikar getah, dengan tilam semua. Mereka cuba dengan cara mengecat lantai pula. Awal-awal memang cantik. Lama kelamaan cat terkopek-kopek, lantai nampak begitu comot.

Deco Rumah Ruang Terhad

Selepas anak sudah dua, Mereka tukarkan dengan mengecat lantai warna kelabu pula. Tetapi ianya tidak tahan lama kerana sering menjadi tempat bermain kereta mainan oleh anaknya.

Deco ruang tamu

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang lepas, mereka berdua tidak bekerja. Jadi, mereka perlahan-lahan mengubahsuai dan mencantikkan rumah. Dari pasang vinyl, cat, semua mereka buat berdua.

Pada bahagian dinding pula, penggunaan cat putih mampu membuatkan ruang nampak lebih luas.

Deco ruang tamu

Kerusi day bed itu pula dicat dengan warna hitam. Selepas ini, perabot tersebut mahu dialihkan sebab agak makan ruang disitu kerana mahu digantikan dengan deco lain.

dekorasi ruang tamu

Ramai yang tanya mengenai set kerusi ini, sebenarnya ianya satu set sekali dengan tiga seater. Mereka beli dari kedai perabot biasa sahaja di Batu Pahat. Rasanya ramai juga seller yang jual. Set ini pernah nampak seller yang jual barangan direct dari Cina. Tetapi kena pre-order.

Deco ruang tamu

Bahagian Dapur :

Karpet pertama yang digunakan adalah karpet tanah putih. Tetapi disebabkan ada anak kecil yang suka makan jajan dekat ruang tamu, memang susah nak jaga kalau berwarna putih. Mudah nampak comot. Sekarang, kita tukar kepada karpet tanah hitam. Kurang sikit comot cuma kena rajin vacuum sebab habuk mudah kelihatan.

Keadaan asal dapur sebelum diubahsuai. Motor itu semasa suami baru-baru beli. Letak dalam rumah sebab risau takut hilang kena curi.

Almari hanya tambah satu dekat dapur.

Dapur tak ada kabinet mewah. Belum ada rezeki lagi sebab ada perancangan mahu extend bahagian bilik atas. Betul-betul bahagian atas dapur itu. Kalau pasang kabinet sekarang takut nanti rosak masa kerja pengubahsuai.

Bahagian Bilik Tidur :

Bilik sebelum diubahsuai. Tingkat atas lantai kayu. Memang terasa macam duduk dekat kampung. Kalau berlari dekat atas memang kuat bunyinya.

Bilik ini tak pernah duduk. Tingkap pun kosong sahaja.

Bilik ini ditukar cat putih untuk kelihatan lebih kemas. Langsir tukar jenis blind sahaja.

Lantai kayu itu tengah dalam perancangan untuk dicantikkan. Sebenarnya nak cat tapi sayang pula sebab warna asal kayu itu memang sudah cantik. Mungkin kena upah orang gosok and varnish. Tapi, tak tahulah kosnya berapa. Ikutkan hati nak buat sendiri. Tapi tak pandai guna grinder pula. Selepas itu proses untuk masukkan katil.

Pada bahagian tingkap bilik belakang pun kita letak bidai juga.

Sudut Hiasan :

Ini adalah hiasan yang dikumpul sedikit demi sedikit untuk  menghias ruang tersebut. Sekarang ini tengah kumpul modal nak beli display rack untuk susun barang-barang ini.

Tempat letak baby cot telah digantikan dengan display rack.

Buku-buku itu hanya sekadar untuk hiasan sahaja. Semuanya buku palsu.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 16, 2022
Dikemaskini pada
Januari 16, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram