Pemilik rumah mana yang tidak bahagia apabila dapat menukarkan keseluruhan rumah yang kosong kepada gaya mewah mengikut konsep yang di inginkan. Perkara tersebut dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Elfriza Abdul Gani. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah kosong kepada gaya mewah menggunakan tona warna gelap bermodalkan 100k.
Walaupun modal yang dikeluarkan hampir mencecah rm1ook. Tetapi, ubahsuai rumah ini tidaklah dilakukan secara sekaligus. Ia dilakukan secara berperingkat bermula pada tahun 2018, rumah ini telah diubahsuai sedikit demi sedikit. Pada tahun 2o21 pula, pemilik rumah sekali lagi melakukan pengubahsuaian rumah supaya ia lebih kelihatan mewah dan menarik.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian dekorasi rumah yang cukup menarik ini.
Ini adalah keadaan ruang bahagian tangga sebelum diubahsuai.
Rumah ini lebih kelihatan sangat luas lagi-lagi apabila digabungkan warna gelap dan cerah. Selepas itu, pada bahagian dinding pula dipasang wainscoting, terus ianya nampak ruang dinding tersebut lebih mewah.
Bahagian ruang tamu sebelum diubahsuai.
Bahagian ruang tamu setelah selesai di deco. Sekali pandang rumah ini kelihatan seperti rumah artis terkenal iaitu Eira Shaziera.
Ini pula adalah keadaan ruang dapur sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang dapur setelah selesai diubahsuai. Bahagian dapur ini di deco pada tahun 2018. Kos ubahsuai yang dikeluarkan bagi menghasilkan deco dapur basah dan dapur kering adalah sekitar rm10k.
Ruang tamu sebelum diubahsuai.
Pandangan penuh ruang tamu setelah selesai diubahsuai.
Laluan ruang tamu ke dapur sebelum diubahsuai.
Laluan ruang tamu ke dapur setelah selesai diubahsuai.
Keadaan bilik sebelum diubahsuai.
Keadaan bilik setelah selesai diubahsuai. Walaupun deco hanya simple sahaja. Tetapi cukup cantik.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.