Wanita Ini Kongsi Cara DIY Menghasilkan "Chicken Wire Box"

Ditulis oleh

Sekiranya anda seorang yang kreatif ataupun terdapat kayu kosong yang tidak digunakan, anda boleh ikuti perkongsian daripada Puan Norpadilah Binti Afandi ini.

Beliau telah menghasilkan DIY "Chicken Wire Box" hanya daripada kayu terpakai sahaja. Hasilnya sangat mengagumkan anda semua dan saya jamin anda semua akan berpuas hati dengan DIY ini. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

DIY "Chicken Wire Box" Yang Simple Dan Mudah

Nak share simple DIY wall decor chicken wire box ala2 mem obersea,kalau nak beli boleh tahan la price dia. Wall decor ni suai la buat rumah yg ada konsep farmhouse rustic atau yg seangkatan dan boleh je buat mana2 yg minat.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
  • Palllet pine ( kayu apa pun blh asal ringan )
  • Chicken wire / dawai mata punai
  • Cat shellac woodstained ( ikut suka )
  • Hook penggantung
Langkah-Langkah Membuat DIY "Chicken Wire Box" Yang Ringkas
DIY "Chicken Wire Box"
Langkah 1 :
Puan Norpadilah mencadangkan untuk menggunakan kayu yang jenis pallet pine dan anda boleh cari kayu ini di online shopping. Untuk lebih memudahkan kerja anda, anda hendaklah mencari pallet pine yang lembut yang sudahpun digosok supaya tidak melambatkan kerja dan menyusahkan kerja anda untuk gosok kayu tersebut.
DIY "Chicken Wire Box"
Langkah 2 :
Anda boleh potong kayu mengikut saiz dan panjang kayu tersebut. Seterusnya skru kan kayu tersebut mengikut gambar yang tertera
DIY "Chicken Wire Box"
Langkah 3 :
Kayu yang sudah dicantumkan itu perlu dicat dengan menggunakan cat jenis wood stain agar kelihatan lebih berkilat dan cantik.
Langkah 4 :
Seterusnya, potong chicken wire tersebut mengikut saiz kotak itu. Bagi sesiapa yang tercari cari di mana boleh beli chicken wire ni? Jangan risau di aplikasi Shopee ada menjual chicken wire ini dan harganya sangat murah dan berpatutan untuk anda membeli.
Langkah 5 :
Langkah terakhir yang anda perlu buat hanyalah stapple kan wire tersebut. Bagi wire yang berlebihan, anda hanya perlu lipatkan je ke dalam agar hujung wire tersebut tidak akan mencederakan sesiapa pun.
Hasil Akhir!!
Beginilaa hasil akhir yang telahpun diskru kan dan box ini sangat kukuh. Anda boleh letak bunga atau pelbagai jenis barang untuk mencantikkan ruang tamu anda. Serious memang sangat mudah dan yang paling penting sangat lawaaaa!!!
DIY "Chicken Wire Box"
DIY "Chicken Wire Box"
P/s : Untuk gantung Chicken Wire Box ini , anda boleh menggunakan 3M Damage free hanging yang boleh didapati di Shopee .
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 4, 2020
Dikemaskini pada
Ogos 4, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram