Rumah Kampung Yang Lusuh Diberikan Nafas Baru Dengan Deco Cara Bajet

Ditulis oleh

Tinggal di rumah kampung langsung tidak menghalang keluarga ini dalam melakukan ubahsuai rumah walaupun dengan cara bajet. Walau hanya dengan cara dan deco bajet, namun dengan keinginan yang kuat untuk memberikan rumah mereka nafas baru, mereka berjaya mengubahsuai dan deco rumah mereka dengan cara yang sangat kreatif. Perkongsian pada kali ini adalah dari Aniss EstrellaLolita. Perkongsiannya pula adalah mengenai Deco rumah kampung dengan cara bajet.

Deco rumah kampung Cara Bajet

 

Hai tukang-tukang semua.

Rumah ni rumah ayah, rumah kampung sahaja.

Dah bertahun tak ada rezeki nak cat.

Gigih tak gigih la. Penat tak boleh nak cerita.

 

Cara untuk membuang daki-daki pada dinding dan cat lama adalah dengan menggunakan water jet. Suaminya menggunakan water jet untuk basuh dinding luar itu disamping membuang cat-cat lama yang sudah pudar habis warnanya.

Selepas itu, beliau dan suami mengecat bahagian luar rumah pula.

ubahsuai rumah kampung lama 2

Untuk bahagian bilik, mereka anak beranak berkongsi bilik. Cara untuk pisahkan tempat tidur mereka adalah dengan menggunakan almari baju 8 kaki sebagai divider pembahagi bilik. Bilik ada 3, satu untuk ayah dan satu lagi buat stor.

ubahsuai rumah kampung lama 2

Almari baju sebagai pemisah tempat tidur anak.

Ini pula tempat tidurnya dan suami.

Semasa proses undercoat, beliau melakukannya sendiri untuk layer pertama dan kedua dalam bilik tersebut. Setelah selesai mengecat, seterusnya pula adalah dengan deco bilik.

Suami tukang pasang almari putih 3 pintu 4 pcs dan drawer 2 pcs. Almari tersebut dibeli dari Shopee.

Keadaan bilik setelah selesai dideko. Walapun rumah jenis kampung dan ruang terhad. itu langsung tidak menghalang mereka untuk ubahsuai rumah dan bilik tidur. Sangat kreatif cara yang dilakukan.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 21, 2021
Dikemaskini pada
November 21, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram