Projek Bertukang Rumah Rehat Untuk Bersantai Dekat Kebun

Ditulis oleh

Memiliki tanah dusun yang terbentang luas sememangnya memerlukan satu tempat atau pondok pada kawasan tersebut bagi memudahkan untuk beristirehat setelah penat menguruskan kawasan kebun. Biasanya pemilik kebun hanya membina satu pondok sahaja, tetapi tidak bagi lelaki ini, beliau terus membina rumah pada kawasan kebun itu dengan konsep yang sangat menarik. Perkongsian pada kali ini adalah dari Kamal Farhan. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek bertukang rumah rehat untuk bersantai dekat kebun.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian ini.

Projek Bertukang Rumah Rehat Untuk Bersantai Dekat Kebun

 

Tak ada tukang hebat-hebat pun. Bertukang rumah rehat untuk bersantai dekat kebun sahaja. Sikit lagi nak siap. Tinggal kerja-kerja finishing.

 

Ini adalah semasa proses meratakan tanah untuk dijadikan rumah dikawasan kebun tersebut.

[foogallery id="26839"]

Ini pula adalah semasa proses pembinaan tapak rumah.

[foogallery id="26867"]

Proses membangunkan rangka rumah mula dilakukan.

[foogallery id="26868"]

Keadaan rumah setelah pembinaan hampir siap dilakukan.

[foogallery id="26871"]

Untuk keluasan pula,  bahagian A-Frame itu adalah 25’x45’. Bahagian dapur dan tandas adalah 25’x16’. Bahagian Beranda depan rumah adalah 35’x17’ dan bahagian tingkat atas pula adalah 16’x45’.

Kawasan hadapan rumah : 

Kawasan dalaman rumah : 

Ada yang bertanya dan nak tengok bahagian dalam untuk rumah rehat di kebun ini macam mana. Buat masa ini, yang ini sahaja yang siap. Perabot pun pakai apa yang ada sahaja. Hanya tinggal kerja-kerja finishing cat, wiring, siling dan landskap. Kerja terpaksa ditangguhkan sebab PKP hari itu.

 Tandas dan Bilik mandi berserta kolam renang : 

Ada yang bertanya soalan, "panas tak?".

Jawapannya adalah tidak sepanas duduk dalam rumah-rumah teres setingkat. Rumah ini guna zink jenis PU Metal. Zink jenis ini ada 3 lapis dan span di tengah-tengah. Jadi tak la panas.

Ruang tamu rumah : 

Bahagian dapur rumah : 

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 9, 2021
Dikemaskini pada
November 9, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram