Apabila sudah sekian lama anda menetap dirumah dengan deco yang sama, pasti anda akan terdetik untuk mengubahsuai rumah kediaman anda. Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini setelah anak-anak mereka meminta rumah kediaman mereka diubahsuai kepada gaya baru. Perkongsian pada kali ini adalah dari Marhalis Hasan. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah seorang frontliner berkonsepkan gaya "Garden Escape".
Jom sama-sama ikuti perkongsian deco rumah yang sangat cantik dan menarik ini.
Anak-anak minta buat sesuatu pada deko rumah. Masalahnya Maknya tak pandai. Tengok apa pun semua tak berkenan.
Alhamdulillah ada kawan baik Aunty Elly yang big heart offer idea deko.
"Elly cakap je yang mana yang sesuai. Kaklis ikut je". Mode serah diri.
"Don't worry Kaklis, saya tahu taste Kaklis macam mana. Kita cari yang mur mur ajer".Dalam hati macam cuak. Lawa ke ni, aku tengok macam gitu-gitu je. Tak paham kenapa Elly bercahaya mata tengok benda ni.
"Kaklis, serius ini lawa. Tak padan dengan harga tau. Nanti mesti Kaklis suka". Hehe Elly macam boleh baca fikiran kita.
Bila dah siap love sangat.
Ada tak yang suka idea deko macam ini?
Garden Escape.
Ini adalah keadaan ruang tamu sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Ini pula bahagian rak buku disudut penjuru ruang tamu.
Pemilik rumah ini adalah merupakan seorang frontliner.
Ruang tamu sebelum diubahsuai. Ini juga adalah tempat keluarga mereka solat.
Bahagian pintu masuk selepas diubahsuai.
Bahagian ruang tamu menonton tv selepas diubahsuai.
Keadaan tangga selepas diubahsuai.
Ruang makan selepas diubahsuai.
Bahagian kabinet dapur.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.