Berpindah ke sebuah rumah flat yang kosong ini sememangnya memerlukan cabaran yang tinggi. Jika rumah flat berada pada tingkat 4 macam rumah Norkhairil Azizi Norsaidi ini sememangnya memenatkan. Nak angkat barang dan juga perabot sememangnya memenatkan. Namun, ia tidak menjadi penghalang untuk melakukan ubahsuai rumah flat ini.
Melalui perkongsian daripada Norkhairil Azizi ini didalam grup Facebook Jom Share Deco Rumah Kos Rendah, beliau upload gambar sebelum dan selepas ubahsuai rumah flat beliau yang asalnya kosong menjadi cantik. Jadi, jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Hanya rumah flat je mampu aku miliki..tapi lihat hasil sebelum dan selepas..kita kongsi bersama ok....jnji kena syukur
Keadaan Dalaman Rumah Flat Pada Awalnya
Nilah keadaan dan rupa dalaman waktu kami tengok rumah flat ini. Semuanya kosong jer. Walaupun kosong tapi nasib tiada apa-apa barang yang teruk dan rosak. Jadi, apabila kosong ni senang sikit kami nak lakukan dekorasi dalam rumah flat ni
Rumah flat ini mempunyai sebanyak 3 bilik.
Bahagian ini adalah bahagian dapur. Peti pun dah ada disitu.
Hasil Dekorasi & Ubahsuai Rumah Flat Yang Dilakukan Ini
Berikut merupakan hasil dekorasi dan juga ubahsuai yang telah dilakukan oleh kami ini. Walaupun simple-simple jer namun ia mampu memberikan kepuasan untuk kami sekeluarga.
Untuk lampu bahagian tv tersebut, saya menggunakan rgb strip untuk. Jadi, macam-macam warna boleh ditukarkan.
Ini pula pandangan menghadap ke pintu rumah.
Sumber : Norkhairil Azizi Norsadi