Pernahkah anda dengar mengenai dapur rumah jenis backsplash? Boleh dikatakan pada masa kini penggunaan dapur gaya backsplash sudah tidak asing lagi. Hal ini kerana, dapur yang menggunakan konsep seperti ini mudah untuk dicuci apabila terkena kesan minyak. Perkongsian pada kali ini adalah dari Anas Ahmad. Perkongsiannya pula adalah mengenai dapur lama ditukarkan kepada gaya baru berkonsepkan dapur backsplash.
Jom ikuti perkongsian yang menarik ini.
Ini adalah keadaan bahagian dapur yang ingin dilakukan ubahsuai tersebut.
Proses-proses merangka dapur gaya backsplash ini mula dilakukan.
Proses-proses ubahsuai diteruskan lagi.
Sebelum campuran simen dimasukkan, pastikan acuan dapur itu telah siap sepenuhnya dipasang.
Apabila rangka acuan siap dipasang, proses seterusnya adalah memasukkan campuran simen pula.
Selepas itu, tunggu ianya mengeras dan membentuk ruang dapur.
Proses simen telah siap dilakukan.
Proses seterusnya adalah membuat bingkai bahagian ruang sinki.
Bingkai bahagian sinki mula dipasang.
Mozek yang digunakan adalah jenis marbles.
Seterusnya adalah memasang backsplash pada bahagian dinding dapur tersebut.
Dinding backsplash sudah hampir siap dipasang.
Hasil selepas selesai dilakukan pengubahsuaian.
Dapur yang digunakan adalah dapur jenis Rinnai.
Keadaan dapur semasa sedang memasak makanan.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deco dapur gaya backsplash seperti ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.