Apabila seseorang remaja meningkat kepada umur dewasa ini dan mempunyai kerja diluar daripada kampung halaman pasti kena mencari rumah sewa kan? Bukan senang nak cari rumah sewa tambahan pula apabila orang bujang yang menyewanya.
Macam yang dikongsikan oleh Muhammad Azrol ini, beliau telah mejalani kehidupan sebagai seorang orang bujang dan sekarang duduk menyewa. Beliau menunjukkan keadaan rumah sewa tersebut apabila pertama kali duduk disitu.
Jadi, bosan dengan keadaan rumah sewa sebegitu. Beliau ingin melakukan sedikit ubahsuai secara kecil-kecil rumah tersebut. Jadi, jom kita tengok hasil sebelum dan selepas ubahsuai rumah sewa bujang tersebut.
Saja nak share keadaan dan juga dekorasi rumah sewa bujang yang simple ini Sementara orang bagi tumpang duduk ini, saya lakukan sedikit ubahsuai rumah swa ini....Inilah dia hasil sebelum dan selepas ubahsuai dilakukan
Keadaan Rumah Sewa Yang Asal Sebelum Ubahsuai
Ini pula adalah bahagian dapur. Ada sink sahaja.
Fokus utama untuk melakukan ubahsuai adalah pada bahagian ruang tamu dan juga bilik tidur. Nilah keadaan ruang tamu rumah sewa yang asal. Kita kasi cuci agar bersih daripada debu dan kotor-kotoran.
Ni pula adalah bahagian bilik tidur rumah sewa ni. Masa awal-awal masuk rumah sewa ni memang dah biasa tidur beralaskan tilam sahaja.
Hasil Dekorasi Yang Dilakukan Pada Rumah Sewa Ini
Alhamdulillah, nilah dia hasil ubahsuai dan dekorasi terhadap rumah sewa saya ini. Simple-simple sahaja sebab rumah sewa kan. Yang penting dapat duduk dengan selesa.
Saya memang sukakan warna hijau jadi sebab itu saya mengecat bahagian ruang tamu warna hijau. Baru nampak tenang sikit.
Beralih pula kepada bilik tidur saya. Kalau dulu tidur beralaskan tilam sahaja, kini sudah pun mempunyai katil untuk diri sendiri.
Sumber : Muhammad Azrol