Hiasan dinding pada masa kini sememangnya menjadi kegilaan pemilik rumah dengan gaya wainscoting, accent wall shiplap wall dan sebagainya. Seperti yang dilakukan oleh Hazmi Hassan, beliau dan isteri tercinta telah melakukan projek diy yang menarik iaitu herringbone wall dan batten wall. Jom ikuti perkongsian idea menarik projek diy herringbone wall dan batten wall hasil tangan suami isteri ini.
Hasil kerja tangan kami laki bini selepas diracun group ni.
Terima Kasih bagi idea dan inspirasi pada kami.
Projek :
- Batten wall
- Herringbone wall
Batten wall projek sehari sahaja sudah siap.
Herringbone wall ambik masa sebulan nak siap dengan tak ada mood lagi, senget lagi, timbang air rosak lagi, gaduh lagi.
Tapi alhamdulillah berjaya jugak merealisasikan impian orang rumah saya ini.
Ini adalah semasa proses menampal gam pada potongan kayu di bahagian dinding. Kalau ada gap sikit tak apa nanti kita filler balik.
Proses filler gap joint kayu-kayu itu. Biarkan semalaman untuk filler itu kering. Esoknya sambung gosok, berhabuk satu bilik.
Alhamdulillah siap gam dan selotep semua kayu itu. Biarkan gam keras semalaman. Esok sambung filler semua gap dekat joint kayu itu.
Proses akhir. Yang tinggi-tinggi dan finishing dicat olehnya sendiri, yang rendah-rendah pula bagi orang rumah siapkan.
Kucing pun teruja ada tempat main baru.
Alhamdulillah selesai projek master bedroom. Dari imaginasi kita terapkan pada dinding.
Projek batten wall untuk guest room.
Alhamdulillah selesai semuanya. Tak sampai satu hari. Start pagi, petang sudah boleh kemas-kemas.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Semoga perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk lakukan projek diy dengan kreatif dan menarik.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.