Rumah sewa adalah rumah sementara yang anda diami oleh kerana belum memiliki rumah sendiri. Walaupun hanya tinggal dirumah sewa, ia bukanlah menjadi penghalang untuk anda dalam ubahsuai rumah sewa tersebut sekiranya pemilik rumah membenarkan untuk deco rumah sewa itu.. Perkongsian pada kali ini adalah dari Tia Haripin. Perkongsiannya pula adalah mengenai idea deco rumah sewa separuh papan konsep minimalis.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah sewa yang menarik ini.
Hi!
Saja nak kongsi sebelum dan selepas rumah sewa kami.
Rumah separuh papan sahaja. Biar orang kata luar setinggan tapi dalam kondo.
Konsep moden minimalis sejak kami baru kahwin empat hari. InsyaAllah kalau sudah 4 tahun baru tukar konsep lain.
Ini adalah keadaan ruang tamu rumah sewa sebelum proses deco bahagian dalaman dilakukan.
Keadaan ruang tamu rumah sewa dari pandangan sudut dalaman.
Ini pula adalah keadaan rumah sewa selepas barangan berserta perabot selesai dibawa masuk.
Pandangan ruang tamu tempat menonton tv dari arah belakang.
Keadaan ruang makan setelah ubahsuai selesai dilakukan.
Keadaan tandas sebelum ubahsuai dilakukan.
Bilik air sebelum diubahsuai dari sudut pandangan berbeza.
Keadaan tandas selepas diubahsuai. Cat yang digunakan adalah jenis epoxy.
Keadaan tandas dari sudut pandangan ruang bahagian sinki.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk mencari sumber idea dan inspirasi untuk ubahsuai rumah sewa anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.