Projek Renovasi Bilik Air Dan Ruang Dapur Hasil Citarasa Anak Perempuan

Ditulis oleh

Rumah yang mempunyai dekorasi "up to date" adalah datang dari pemilik yang mementingkan penjagaan kediaman supaya sentiasa kelihatan menarik. Penghasilan deco rumah yang memukau sudah semestinya dihasilkan dari idea-idea yang "fresh" supaya deco yang diterapkan tidak ketinggalan zaman. Perkongsian pada kali ini adalah dari Wan Hanim Atan. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek renovasi bilik air dan ruang dapur hasil citarasa anak perempuan.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Projek Renovasi Bilik Air Dan Ruang Dapur

 

Salam semua. Saya ingin berkongsi renovasi yang dilakukan, hasil citarasa anak perempuan saya.
Idea anak saya tapi di tambah baik oleh pereka design dalaman dan kontraktor.

Alhamdulillah.

 

Bilik air sebelum diubahsuai.

renovasi rumah lama

Mesti anda ingat dinding bilik air ini menggunakan wallpaper bukan? Sebenarnya tidak, dinding itu menggunakan tiles yang seakan wallpaper.

renovasi rumah lama

Bahagian ruang mandi bilik air sebelum diubahsuai.

Ruang mandi selepas diubahsuai.

renovasi rumah lama

Bahagian ruang dapur dan laundry sebelum diubahsuai.

renovasi rumah lama

Ruang laundry setelah selesai diubahsuai.  Penggunaan stool lebih memudahkan untuk ambil baju selepas siap basuh dan keringkan. Ada yang tanya macam mana cara gantung dryer itu?

Mereka beli tumble dryer yang boleh di invert. Bracket untuk gantung tumble dryer dan pemasangan sudah termasuk dalam kos bila beli. Ada beberapa brand untuk dryer seperti ini. Contohnya LG, Samsung, Fisher dan Paykel.

Idea asal adalah inspirasi dari pinterest. Pernah terdetik dalam hati, boleh ke renovasi secantik itu? Namun, deko itu berjaya dihasilkan mengikut citarasa anaknya dan mereka selalu pantau semasa process renovasi tersebut dilakukan. Sangat berpuas hati hasilnya.

Dengan penggunaan folding door glass itu membuatkan dapur nampak lebih kemas. Idea yang sangat baik yang dilakukan oleh pemilik rumah ini. Faktor lain penggunaan folding door itu adalah kerana mereka ada 2 ekor kucing. Jadi, pintu itu berguna bila tidak mahu kucing masuk ke dapur.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 25, 2021
Dikemaskini pada
November 25, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram