Setiap pemilik dan penghuni rumah sudah semestinya mahu memiliki rumah yang kelihatan cantik dan selesa untuk keluarga mereka. Tetapi tidak ramai pemilik rumah yang mampu untuk terus memiliki rumah yang baru dan cantik. Kebanyakan ada yang mula membeli rumah usang dan lusuh dahulu kemudian perlahan-lahan mengubahnya lalu jadikan rumahku syurgaku. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nur Nazirah Abdullah. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai rumah lama yang usang dan lusuh hasilkan deco simple cara bajet guna "shera plank & wallpaper".
Tinggal di rumah lama bukanlah menjadi penghalang untuk anda tidak ubahsuai rumah lama anda. Dengan memberi nafas baru kepada rumah anda sedikit sebanyak dapat memberi kelesesaan kepada anda dan keluarga anda.
Jom ikuti perkongsian menarik mengenai deco rumah lama usang ini.
Sebelum dan selepas.
Ubahsuai rumah lama yang boleh dikatakan sangat usang dan lusuh guna gaya imple dan bajet sahaja.
Biar simple janji selesa.
Ini adalah keadaan sebelum dan selepas kawasan luar rumah. Pada bahagian luar rumah pemilik rumah ini menggunakan Shera Plank bahagian pagar rumah ini. Walaupun hanya cara simple dan bajet tetapi tetap menampakkan perubahan yang drastik dan menarik untuk rumah ini selepas diubahsuai.
Ini pula adalah keadaan ruang tamu rumah sebelum proses ubahsuai mula dilakukan dengan konsep dan gaya yang lebih kemas dan sedap mata memandang.
Ini adalah keadaan ruang tamu rumah setelah deco ruang tamu dilakukan. Memang jelas kelihatan sangat menarik kerana susunan barangan yang kemas dan lebih teratur.
Ini adalah keadaan ruang makan sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang makan selepas di deco dengan cara simple.
Akhir sekali, ini pula adalah keadaan dapur rumah ini sebelum diubahsuai dan di deco dengan cara baru.
Ini pula keadaan ruang dapur setelah wallpaper dipasang bagi menjadikannya lebih menarik.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat.