Semua pemilik rumah mengimpikan untuk tinggal di kediaman yang selesa dan cantik. Dengan memiliki rumah kediaman dan cantik akan menjadikan suasana rumah anda lebih ceria dan tenang. Jadi jika anda berniat untuk ubahsuai rumah teres anda teruskan niat itu sehingga menjadi kenyataan jika anda mempunyai bajet yang cukup. Perkongsian pada kali ini adalah dari Misa Ted. Perkongsiannya adalah mengenai projek pemasangan frame wall mirror, lantai vinyl dan l box siling rumah teres setingkat.
Jom ikuti perkongsian makeover rumah yang sangat menarik ini.
Rumah saya cuma rumah rakyat marhaen, rumah teres setingkat sahaja. Saya hanya nak kongsi sebelum dan selepas ubahsuai. Siling dan lantai sahaja upah orang, yang lain, suami dan anak-anak buat sendiri termasuk mengecat.
Ini adalah semasa kerja-kerja awal untuk pemasangan frame wall mirror yang dilakukan.
Ini adalah keadaan dinding ruang makan selepas selesai diubahsuai dengan menggunakan konsep "wainscoting wall frame mirror" yang sangat cantik dan menarik.
Ini pula adalah semasa kerja-kerja pemasangan plaster siling.
Keadaan siling selepas diubahsuai guna konsep L Box.
Ini adalah semasa proses pemasangan accent wall Sebelum dicat
Ini adalah selepas pemasangan accent wall selesai dipasang.
Keadaan lantai sebelum pemasangan lantai vinyl.
Kerja-kerja pemasangan lantai sedang dalam proses.
Keadaan lantai selepas lantai vinyl siap dipasang.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian yang sangat menarik ini sedikit sebanyak dapat memberi sumber idea dan inspirasi kepada anda dalam cuba untuk ubahsuai rumah supaya kelihatan cantik dan berseri.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.