Terdapat banyak rumah lelong yang ada di Malaysia ini. Ada rumah lelong yang dijual dengan harga tinggi dan ada juga yang murah. Bergantung kepada keluasan, struktur dan berapa lama ia dibina. Jika membeli rumah lelong yang terbiar sudah pasti banyak ubahsuai perlu dilakukan.
Macam yang dilakukan oleh Ihsan Zainal ini, beliau telah memenangi sebuah rumah lelong yang berharga RM73k. Jadi, rumah lelong tersebut telah dilakukan ubahsuaian termasuk pembaikian dan juga menambah beberapa perabot yang memakan modal sebanyak RM40k
Hasil ubahsuai tersebut telah pun dikongsikan oleh beliau didalam sebuah grup Facebook. Hasil ubahsuai rumah lelong tersebut telah mendapat perhatian ahli grup tersebut. Jom kita tengok perubahan rumah lelong tersebut setelah diubahsuai oleh beliau.
Alhamdulillah, menang rumah lelong dengan RM73K, terus melakukan pengubahsuaian terhadap rumah tersebut.
Kos repair termasuk perabot RM40K. Rumah berada di taman berkat taiping.
Keadaan Rumah Lelong Yang Dimenanginya
Inilah dia keadaan rumah lelong yang dimenanginya. Tak adalah besar sangat namun ia rumah lelong yang ada 2 tingkat.
Proses Melakukan Ubahsuai Rumah Dijalankan
Proses ubahsuai telah giat dijalankan pada waktu ini. Dari proses mengecat balik warna rumah tersebut hinggalah menambahkan beberapa ruangan agar jadi lebih besar.
Bahagian belakang rumah ini ditambahkan bahagian agar lebih luas lagi.
Hasil Akhir Rumah Lelong Telah Diubahsuai
Inilah dia hasil akhir dan rupa rumah lelong tersebut selepas selesai sahaja proses ubahsuai dilakukan. Banyak pembaharuan dilakukan seperti menambah pagar baharu, meluaskan kawasan rumah lelong tersebut dan penambaikkan struktur dalaman rumah.
Bahagian ruang tamu yang masih lagi dalam proses memasang perabot dan barangan-barangan eletrik.
Tangga menuju ke tingkat 2
Sumber : Ihsan Zainal