Projek DIY Membuat Kekisi Pembahagi Ruangan Kebun

Ditulis oleh

Waktu PKP 3.0 sudah pun memasukki hampir 2 bulan namun sekarang kemungkinan ia akan masih bersambung lagi. Mesti ada diantara kita sudah bosan berada dirumah kan? Apa kata min bagi idea untuk lakukan satu projek DIY membuat kekisi pembahagian untuk ruangan rumah anda macam yang dilakukan Azri Elias ini.

Beliau berkongsikan satu projek DIY beliau melakukan kekisi yang mudah didalam facebook beliau. Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalam grup Facebook "Tukang Apa Hari Ini". DIY yang dilakukan tersebut sangat mudah dan sangat cantik jika diletakkan pada bahagian rumah. Jom kita tengok perkongsian bagaimana DIY membuat kekisi ini dilakukan.

Lelaki Membuat DIY Kekisi Pembahagi Sebagai Projek Waktu PKP

Projek PKP untuk kali ini iaitu melakukan kekisi pembahagi untuk bahagian ruang kebun yang bersaiz 6’x6’. Semua ini dilakukan secara DIY sahaja.

Proses Untuk Melakukan DIY Kekisi Pembahagi Ruang Kebun

1. Yang pertama sediakan beberapa kepingan kayu ini. Kayu ini boleh dibeli di kedai hardware atau juga shopee.

2. Proses dilakukan dengan mencantumkan kayu tersebut sehingga terbentuk segi empat besar. Selepas itu, masukkan kepingan kayu pine didalam rangka tersebut sebagai first layer.

DIY Membuat Kekisi

3. Inilah dia selepas siap memasang kayu pine untuk first layer didalam rangka tersebut.

4. Seterusnya adalah untuk layer kedua pula iaitu meletakkan lagi kayu pine dibahagian layer pertama.

5. Buatkan proses yang sama sehingga ia akan menampakkan sebegini rupa.

6. Beralih pula kepada proses yang paling mencabar iaitu mengecat kekisi pembahagi ini. Kenapa ia mencabar? Kerana untuk mengecat dicelah-celah kayu tersebut memerlukan kesabaran yang tinggi.

DIY Membuat Kekisi

Hasil Akhir Projek DIY Melakukan Kekisi Ini

Selepas selesai proses mengecat, ini lah dia hasil akhir DIY kekisi pembahagi ruang kebun saya ini. Alang-alang tak ada buat apa waktu pkp ini, elok buatkan satu projek dirumah.

DIY Membuat Kekisi

DIY Membuat Kekisi

Sumber : Azri Elias

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
September 4, 2021
Dikemaskini pada
September 4, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram