Jika melihat rumah lama dan lusuh di kampung memang kita rasa teringin sangat untuk cuba cantikkan rumah keluarga kita itu. Sekurang-kurangnya dengan cuba ubahsuai rumah di kampung dapat juga memberi keselesaan kepada ibu bapa dan adik beradik yang tinggal di rumah tersebut. Perkongsian pada kali ini adalah dari Acha Mahfar. Perkongsiannya adalah mengenai transformasi rumah lama "mama" guna barang shopee.
Apa yang menariknya adalah kebanyakan barangan yang digunakan adalah dibeli secara online di Shopee.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang ingin dikongsi ini.
Ubahsuai rumah lama mama saya kepada rumah “baru”. Perabot semua beli di Shopee sahaja. Deco semua Kaison! Langsir IKEA.
Dengan izin Allah, Alhamdullilahh. Satu lagi achievements unlock tahun ini. Dapat cantikkan rumah mama supaya mama dan adik-adik selesa ibarat di rumah yang baru. Rumah ini sudah 30 tahun lebih. Saya juga lahir di rumah ni juga. Umur saya 29 tahun sekarang ini.
Cara ikat langsir tak disengajakan. Masa ni tengah kemas-kemas. Sebenarnya saya tak plan nak post gambar-gambar yang ini sebab nak datang lagi nak siapkan banyak lagi dan saya sedar ikatan langsir tak kemas. Main ambil Gambar sahaja tapi dah kena PKP pula selepas itu. Duduk lain daerah. Ini sahaja gambar yang sempat ambik. Sebenarnya tak berapa bersedia ketika ambik gambar.
Tapi sebab sangat gembira tengok mama dan adik-adik ambil gambar dengan suasana ibarat rumah baru. Saya tak boleh tahan untuk kongsi kebahagiaan ini.
Macam mana? Cantik tak rumah “baru” mama saya?
Nanti dah siap semua elok-elok kita kongsi lagi tau.
Keadaan rumah sebelum diubahsuai.
Ini adalah keadaan rumah selepas selesai diubahsuai.