Tinggal di rumah sewa juga boleh dikatakan agak mencabar untuk anda dalam untuk deco rumah sewa anda. Kadangkala anda berfikir dua kali juga untuk ubahsuai rumah sewa yang anda diami kerana rasa tidak berbaloi oleh disebabkan itu hanya rumah sewa. Tetapi tidak bagi pasangan ini. Mereka telah menjayakan projek ubahsuai rumah sewa gaya bajet supaya mereka dapat tinggal dalam keadaan selesa dan ceria walaupun deco simple sahaja diterapkan. Perkongsian pada kali ini adalah dari Areena Areesya Full. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai rumah sewa lama berkonsepkan "emerald green".
Jom ikuti perkongsian yang ingin dikongsi ini.
Dari Pertama kali pergi tengok rumah 5 tahun lepas, penat lelah cuci rumah, beli barang sikit-sikit masuk rumah dan beli barang yang penting dahulu. Bila dah masuk rumah, ada rezeki lebih sikit. Beli tambah barang dalam rumah. Alhamdulillah, rezeki lebih sikit tahun ni.
Masih rasa bersyukur dengan nikmat allah bagi. Terima kasih Suami sebab menyokong saya untuk deco rumah. Walaupun simple, saya berpuas hati sangat buat masa sekarang ini. Ada sahaja dekat kepala ini nak tambah barang sebab fikir rumah sewa lagi. Jadi pendam dahulu keinginan itu, nanti sudah ada rumah sendri, kita deco gaya lain pula.
Ini adalah ketika proses perbincangan untuk ubahsuai rumah sewa ini.
Ini adalah kali pertama datang tengok rumah sewa ini iaitu 5 tahun lepas.
Agak berpeluh juga la masa ini ketika cuci rumah.
Dapur ini agak serabai. Ambil sama juga untuk cuci dapur.
Ketika ini belum masuk rumah lagi. Baru letak barang sikit-sikit. Beli yang penting-penting sahaja dulu pada 5 tahun lepas.
Sebelum deco yang baru ini sudah tambah barang sikit.
Kosong sahaja rumah masa ini.
Dapur masa mula-mula dahulu, deco simple tapi alhamdulillah, barang rumah yang penting-penting semua suami sediakan.
Barang dapur pun sikit sahaja. Beli serba sidikit.
Rumahku syurgaku. Ruangtamu, ruang santai dan ruang makan. Deco simple-simple sahaja.
Keadaan ruang tamu selepas selesai di cat.
Cat corak geometri itu suami yang buat.
Ruang santai dan ruang makan.
Lampu belakang itu asalnya ranting yang ada lampu sahaja saya beli shopee sahaja. Bunga itu saya gam sendiri. Mungkin tak nampak bunga kat ranting itu sebab gambar jauh.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi pada kali ini. Semoga bermanfaat.