Cara Mudah DIY Almari Tudung Khas Buat Isteri Tercinta

Ditulis oleh

Diy adalah satu benda yang sering dilakukan oleh orang ramai pada masa kini. Tidak kiralah diy dari segi ubahsuai rumah, deco rumah dan perabot rumah, Kesemuanya boleh dilakukan secara diy jika anda rajin dan pandai untuk melakukannya. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang suami yang bernama Mohd Khairizan Reduan. Perkongsiannya adalah mengenai cara mudah diy almari tudung khas buat isteri tercinta.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian diy yang mudah dan simple ini.

Cara Mudah DIY Almari Tudung Khas Buat Isteri Tercinta :

Sempena Hari Wanita Sedunia, kita buatkan untuk isteri almari tudung dia. Termotivasi dari posting member dalam group ini juga. Mohon dihalalkan.

Alhamdulillah. Siap dah almari tudung Ummi Yusuf. Tiru-tiru projek orang. Nak buat sliding tak pandai. Buat cara biasa sahaja. Janji berfungsi dengan baik. Material kayu pine & OSB board. Mudahan tahan lama la.

Cara-Cara :

Ini adalah OSB board siap potong di kedai. Saiz almari adalah buat panjang 30" x lebar 12" / 1 kaki x tinggi 72" / 6 kaki.

Cat siap-siap. Baru bawak ke atas untuk dipasang. Berat juga la.

diy almariPintu letak frame untuk menyerikan sikit.

diy almariSapu varnish ala kadar.

diy almariSiap untuk dipasang. Untuk body.

diy almari 1Proses sedang giat dilakukan.

diy almari 1Letak roda. Mudah nak alihkan kelak.

diy almariSiap bahagian bodynya.

diy almari 1Pasang pintu. Berat pintunya. Terpaksa ikat body ke dinding guna L bracket.

diy almari 1Tebuk lubang utk sangkut rod kayu.

diy almari 1Guna rod kayu jak kali tok. Besi/aluminium mahal.

diy almari 1Kecik sikit dari kayu penyapu.

diy almari 1Balut rod dengan foil. Malas nak cat.

diy almari 1

diy almari 1Jadi mcm tok.

Dah siap pasang susunan rod di belakang. Ada dua layer kelak. Tudung banyak.

diy almari 1Handle simple-simple.

diy almari 1Belakang ada 15 rod. Muat lebih kurang 90 tudung.

diy almari 1Varnish clear gloss yang digunakan. Link Shopee : https://invol.co/cl4mb43

diy almari 1Untuk layer depan.

Ada 13 rod. Muat lebih kurang 52 tudung.

Pandangan depan.

Pandangan depanPandangan tepi. Nipis jak. Lebar 1 kaki. Tinggi 6 kaki.

Lepas dipasang layer kedua.

In shaa Allah boleh muat 142 tudung.

Hinge yang diguna. Harap tahan la.

Tanpa tudung.

Baru nak mula loading.

Depan ya sesuai letak tudung ringan-ringan sahaja.

Penuh dah layer depan.

Baru nak mula layer belakang.

Hampir siap loading.

Hasil akhir.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 15, 2021
Dikemaskini pada
Julai 15, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram