"Sayang. Nanti kan bila kita dah dapat kunci rumah, kita renovate kaw-kaw. Buat rumah cantik-cantik! Lepas tu, Abg dengan Sayang mintak tukar ke Kuantan. Kita tinggal sama-sama kat rumah ni dengan anak-anak"
Melakukan renovasi rumah selepas mendapat kunci merupakan idaman yang sangat dinantikan oleh Shahida Daud dan suaminya. Beberapa minggu sebelum dia pergi bertemu Illahi. Macam-macam impian yang encik Suami angankan dan Shahida masih lagi terngiang-ngiang kata-kata arwah suaminya pada penghujung bulan mac 2019.
Walaupun dengan ketiadaan suami, Shahida tetap menruskan melakukan renovation terhadap rumahnya di Kuantan itu. Segala renovasi rumah tersebut telah dilakukan oleh kontraktor rumah iaitu Engku Nurhaezah. Jom kita tengok rupa rumah tersebut sebelum dan selepas renovasi dilakukan.
Design rumah, konsep dan dekorasi rumah daripada A to Z segalanya tersimpan rapi dalam gallery handphone Suamiku. Dia sukakan konsep yang simple, modern minimalist. Sama citarasa seperti aku.
Segala kisah perit pahit susah duka serabut kepala, halangan demi halangan yang dilalui biarlah saya telan sendiri simpan dalam hati.
Hasil Setiap Sudut Rumah Sebelum & Selepas Renovasi
Angan-angan. 2016, sajelah lukis-lukis gambar rumah idaman. Tampal kat bilik boleh tengok hari-hari sebagai sumber inspirasi
Jun 2020. Mula renovasi rumah. Ini rumah kedua saya atas nama sendiri, dapat kunci rumah pada 11.11.2019. Alhamdulillah rezeki dapat beli rumah teres 2 tingkat corner lot (subsale).
Inilah hasilnya setelah 44 hari 44 malam tidur tak lena makan terlebih kenyang bersilat ke sana ke sini terhuyung hayang terbang melayang.
Pemandangan di malam hari.
Bahagian Ruang Tamu
Ruang tamu + dining area, menuju ke pintu utama.
Ok dah siap. Bolehlah tetamu lepak-lepak kat sini sambil minum air teh o.
Bahagian Dining Area
Ada satu bilik kat tingkat bawah ni, saya buatkan khas untuk mak abah. Ada bilik air sekali yang menghubungkan bilik air dan dapur.
Diserikan lagi dengan feature wall plus wainscoting.
Bahagian Tangga
Tangga lama (kayu) buang terus. Tukar tangga batu.
Inilah hasil selepas apa yang dilakukan.
Bahagian Sinki Luar
Build in partition dan sinki basuh tangan cuci muka gosok gigi. Area sinki tu adalah bilik air asal. Bilik air lama pecah terus dan buat baru.
Bahagian Dapur
Tema dapur hitam putih takkan padam. Kat partition tepi sinki tu ada laundry area. Mesin basuh sumbat kat dalam tu.
Bahagian Bilik Air
Bahagian tandas dalam proses renovate.
Tema bilik air hitam putih takkan padam. Sajelah buat luas sikit, nanti anak-anak boleh main air berendam lama-lama kat sini.
Build in rack. Tak payah nak beli bekas letak berus gigi ubat gigi, rak kecil dan segala benda alah yang menyakitkan mata. Letak belaka susun elok-elok kat rak sedia ada!
Natural View
Kat sini boleh lepak santai-santai sambil merenung ke luar jendela. Kat tepi tu ada pintu menuju ke balcony. Tak berani nak buka pintu, sebab railing tak pasang lagi. Gayat!
Ok inilah contractor otai yang ideanya sangatlah wowww.
Hasil gabungan ilham contractor dan idea amatur tuan rumah yang tak seberapa, maka terhasillah teratak impian HasnolSheedaQRST
Kalau awak pening-pening lalat nak pilih warna cat rumah, bolehlah jadikan warna² ni sebagai rujukan dan panduan.
Sumber : Shahida Daud