Amalkan 7 Tips Ini Untuk Kemas Rumah Dengan Cepat

Ditulis oleh

Rumah yang berselerak mesti buat anda stres dan serabut bukan? Lagi-lagi bila habis hadap stres kerja di pejabat tambah lagi dengan stres di rumah. Rasa tak tenteram je. Jangan risau,luangkan masa hujung minggu anda dengan mengemas rumah dengan mengikuti tip-tip ini. Menurut perkongsian yang dikongsi oleh Wanita ISMA Seremban, ini dia 7 tips untuk kemas rumah secara cepat dan lebih efisien yang perlu diamalkan. Semoga bermanfaat.

7 TIPS KEMAS RUMAH DENGAN CEPAT

7 tips kemas rumah
1. Fokus pada Ruang Paling ‘Dibenci’

Jika kita perlu nak bersihkan seluruh rumah, pastikan kita fokus pada tempat yang ‘high-trafficked’. Maksudnya ialah tempat yang paling berselerak, atau tempat yang paling kita benci nak kemas.

Caranya, pastikan kita buat kerja yang besar, yang jelas dengan mata kasar dahulu dan benda-benda kecil dan teliti.

Kemas dulu bantal, buku, kerusi, mainan ke tempat asal. Susunan lego, rattle atau mainan-mainan kecil, boleh kemudian. Percayalah, jika benda yang besar ni dah buat, nak kemas benda-benda kecil ibarat ‘petik jari’ saja.

7 tips kemas rumah
2. Wajib Basuh Baju Setiap Hari

Jangan simpan baju hingga hujung minggu sebab kita sendiri tahu akibatnya kan? ibu-ibu yang bekerja kebiasaanya mesti tunggu hujung minggu nak buat semua.

Apa kata selepas ini cuba jadikan amalan setiap petang atau malam, basuh baju. Kalau ahli keluarga ramai, mesti banyak walaupun hanya sehari. Jika baju terpakai tak banyak, buat 2 hari sekali. Kita sendiri akan nampak, rumah kita bersih & kemas dari timbunan baju terpakai dalam baldi atau belum dilipat.

Cuba libatkan suami dan anak-anak. seronok buat ramai-ramai. Minta mereka lipat baju masing-masing dan simpan di tempat sendiri. Mudah kan?

3. Buka Tingkap

Jika cuaca mengizinkan, buka tingkap dan biar udara dan cahaya matahari keluar masuk. Kadang-kadang udara yang tak segar ni boleh buat rumah kita nampak kotor.

Jika ada tetamu nak datang dalam masa terdekat, boleh gunakan penyegar udara atau nyalakan lilin wangi di seluruh rumah kita. Ini juga salah satu 7 tips kemas rumah.


4. Biar ‘Pencuci’ Mainkan Peranannya

Guna kelebihan produk pencuci yang ada dalam pasaran. Spray shower mandi, permukaan sinki, lantai, dinding dan biar dulu beberapa minit untuk bahan pencuci itu bertindak balas dengan kesan kotoran.

Buat kerja lain dulu. Kemudian datang semula. Hasil tindak balas tersebut mungkin kita hanya perlu mengelap atau menyiramnya sahaja. Tak perlu susah payah menyental atau memberus.

Produk itu sendiri dah memainkan peranan memudahkan kerja dan menjimatkan masa kita. Selamat pada tangan, sangat berkesan pada kotoran dan semulajadi.

5. Cuci Kotoran dengan Segera

Jika ada kesan tumpah, cuci dengan segera. Kita hanya akan melibatkan sedikit masa menyental kotoran tersebut dibandingkan dengan kesan tumpah yang dah dibiarkan lama.

Begitu juga dengan kotoran pada pinggan mangkuk. Jangan biar ‘bermalam’ dalam sinki dapur. Selepas makan, buang sisa makanan dan basuh terus. Bayangkan jika kita biar tidak berbasuh semalaman.
Esok paginya, jadi kerja pulak nak rendam dulu supaya senang cuci.

Bau busuk pun dah merebak ke seluruh dapur. Bertambah pula kerja lain kan. Sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas tidak berbasuh menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka makanan kotor dan busuk.

7 tips kemas rumah
6. Libatkan Anak-anak

Anak-anak dalam semua peringkat umur boleh terlibat dalam urusan mengemas rumah. Buat carta, agihkan tugas masing-masing bermula dari mengemas katil sendiri sehinggalah kepada buang sampah.

Setelah selesai kerja rumah bersama-sama, bagi ganjaran pada diri sendiri dan anak-anak dengan membawa mereka berjalan-jalan atau hidangkan makan malam kegemaran mereka.

7 tips kemas rumah
7. Sedut Habuk (Vacum) sebagai Tugas Paling Akhir

Daripada kita kemas satu-satu bilik tu, kemudian terus vacum, apa kata kita vacum akhir sekali, setelah semua ruang bilik berkemas. Jadi, kita tak payah nak ulang bawa keluar masuk vacum tu berulang kali pun kan dan tak perlu juga risaukan ada sampah yang tercicir.

Jadi, dah tengok tips ini, mesti semangat berkobar-kobar nak kemas rumah. Yang penting, masa kita dijimatkan dan rumah pun sentiasa bersih dan kemas. Selamat mencuba!

Kredit : Wanita ISMA Seremban

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 18, 2020
Dikemaskini pada
Julai 18, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram