Siapa sangka rumah yang sudah berusia 30 tahun ini mampu menjadi seakan rumah mewah setelah dihias dan dibaik pulih. Bagi pasangan dari Thailand ini,untuk merealisasikan rumah impian mereka, ia mengambil masa lebih kurang 8 bulan dan 2 Juta Baht (RM270,000) untuk disiapkan. Ia direka sendiri oleh pemiliknya, dari OFFICIAL SPACE Co., Ltd. Walaupun menelan kos yang agak besar, ia sangat-sangatlah berbaloi dengan keindahan rumah ini setelah selesai dibaik pulih. Perkongsian kali ini adalah mengenai ubahsuai rumah lama berusia 30 tahun kepada gaya "moden mewah simple".
Rumah ini yang dipanggil 1889HAUS ini mempersembahkan rekaan warna kelabu dan bahan-bahan daripada kayu. Jadi, jom saya kongsikan gambar sebelum dan selepas keadaan rumah ini.
Keadaan sebelum dan selepas
Pintu Masuk
Ruangan parking
Luaran rumah ini diperbuat daripada bingkai kayu dan keluli buatan. Keluarga ini memilih warna kelabu gelap untuk memberikan penampilan yang sejuk mata memandang dan moden. Mereka juga menukar pintu "sliding" yang asal menjadi pintu kayu yang besar.
Ruang Tamu
Dinding dan jubin lama di ruang tamu dibuang dan diganti dengan jubin getah corak kayu dari Rococo. Ruang tambahan dari dinding yang dirobohkan digunakan sebagai ruang pantri / dapur.
Bilik Air
Tandas Tingkat 1
Tandas Tingkat 2
Tandas Tingkat 3
Tandas Tingkat 3
Bilik Tidur
Beberapa bilik tidur di rumah mempunyai almari pakaian yang tersembunyi di bahagian belakang. Pasangan ini menggunakan banyak warna terang seperti dinding dan kayu putih, sehingga menghasilkan suasana yang nyaman. Anda boleh mendapatkan set cadar yang selesa dari WovenTH.
Ruang Bekerja Di Rumah
Ruang tambahan di sudut bilik diubah menjadi pejabat rumah, dan tingkap di belakangnya diubah menjadi balkoni.
Balkoni Hadapan
Balkoni hadapan mempunyai kerangka kayu buatan dan keluli yang sama di bahagian depan , dengan ruangan kecil di antara papan kayu untuk membolehkan cahaya matahari masuk.
Halaman Belakang
Di halaman belakang, lantai terbuat dari kayu buatan dan mempunyai dinding untuk menjaga privasi.
Rumah ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada kita untuk menghias rumah. Jika tidak mampu membuat yang mewah mewah, kita mungkin boleh mula merangka rumah mengikut bajet masing-masing dahulu.