Pada zaman moden kini, Boleh dikatakan semua orang tahu dan mengenali apa itu barn door. Barn door cukup popular dan sering digunakan oleh pemilik rumah bagi memastikan keadaan pintu rumah kediaman kelihatan cantik dan menarik. Perkongsian kali ini adalah dari seorang wanita iaitu Nurlailah Khadijah. Perkongsiannya adalah mengenai cara diy barn door hanya guna barang shopee.
Jom sama-sama kita ikuti langkah dan cara yang ingin dikongsikan oleh pasangan ini.
Salam Semua. Alhamdulillah settle project diy barn door sebelum Ramadhan Al Kareem. Semua barang beli dari shopee, total cost +- Rm400.Boleh refer gambar untuk step by step, semoga sharing ni bermanfaat.
Barn door railing ini dibeli dari shopee.
Selepas ukur, tandakan tempat drill, kena pakai mata skru yang besar sebab skru barn door ini tebal dan panjang.
Dah siap pasang railing, ukur untuk roda nak skru dekat pintu.
Railing siap dipasang.
Kemudian sangkutkan pintu yang siap skru dengan roda dekat railing. Pintu pine order dari shoppe.
Kemudian pasang handle. Handle ni sebenarnya handle cabinet dapur, tapi kami buat handle pintu. Beli dekat shopee juga.
Kemudian nak bagi tambah menarik, buat design pintu bentuk chevron. Kayu mdf dari shoppe.
Cantik juga warna kayu, tapi tak masuk tema pulak dengan toilet.
Akhir sekali cat kan black matte. Baru masuk dengan tema toilet. Cat black matte brand san cora.