Seorang wanita yang dikenali dengan nama Nurul Ain Anises ada berkongsi pengalamannya di laman facebook miliknya, di mana dia membuat sendiri tempat penyimpanan barang mainan kanak-kanak atau lebih dikenali dengan toy rack. Perkongsian kali ini adalah mengenai diy toy rack untuk anak tercinta.
Kos yang diperlukan untuk membuat rak tersebut hanyalah RM29.90. Sekiranya anda perhatikan di shopee harga bagi satu rak mencecah RM99. Apabila buat sendiri jimat sangat. Menurut wanita ini, barangan keperluan hanya di beli di kedai Eco sahaja, manakala kayu itu dibeli di kedai hardware.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Finally siap. Cost untuk buat toy rack ini cuma RM29.90 sahaja. ain tengok dekat shopee paling murah RM99. baskets itu semua ain beli di kedai eco sahaja. Kayu itu pula beli di kedai hardware. kayu itu nak cat boleh nak spray pun boleh. bagi dia nampak cantik dan lagi kemas.
9 baskets yang dibeli harganya lebih kurang RM 18.90. Bajet untuk melakukan diy ini amatlah berpatutan jika anda seorang yang kurang berkemampuan.
3 batang kayu pula berharga sekitar RM 11
Hanya perlukan tenaga dan kreativiti sahaja. Inas pun suka. Lepas ini sudah boleh ajar inas lepas main mesti dan wajib letak ditempat asal. Mainan anak pun tak lah berselerak lagi. Betul tak? Dengan adanya kreativiti anda sendiri anda mampu lakukan apa saja yang penting anda minat untuk melakukan diy seperti ini.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap perkongsian kali ini dapat membantu anda mencari idea dalam melakukan diy toy rack ini. Senang sahaja diy kali ini. Selamat mencuba.